JPJ baca 'luahan' aku ke ???

by - Isnin, Ogos 30, 2010

Aku tak pasti la orang lain tapi kalau ditanya pendapat tentang SAMAN MENYAMAN dek penguatkuasa ni , ari tu aku ada kuarkan entri yang mana aku ada bagi cadangan secara tidak langsung pada pihak berkuasa ... antaranya ialah SAMAN EKOR 1 dan SAMAN EKOR 2

Patutlah ada je yang dok baca entri ni .. Aku rasa la kan , skang ni pihak berkuasa membuat kajian dengan membaca blog blog orang awam .. dari situ dia boleh tau pandangan orang awam .. Kalau betul lah , bagus sekali ! Aku amat sokong .. Dengan ini aku ke Kelantan nanti pon sah sah berhati hati.. biar lambat , asal selamat !

Aku tak rela kena saman ekor ni ! Baik turunkan tandatangan kan ? Puashati wo kalau gitu.. huhu


JPJ Kelantan tugaskan anggota 24 jam di Jalan Sakaratulmaut

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menempatkan 150 anggota penguatkuasanya bertugas 24 jam untuk mengawal dan meronda di kawasan berisiko tinggi kemalangan di sepanjang Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata, gerakan lebih dua minggu itu diadakan serentak dengan Ops Sikap XX11 yang bermula 4 hingga 19 Sept ini sempena Aidilfitri ini.


Bercakap kepada Bernama pada majlis berbuka puasa di ibu pejabat JPJ Negeri di Panji, semalam beliau berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan gerakan itu ialah di 13 lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan atau dinamakan "jalan Sakaratulmaut''.


"Kami akan meletakkan anggota penguatkuasa berkawal dan membuat rondaan 24 jam di sepanjang jalan terbabit pada musim perayaan ini," katanya.


Tujuh lokasi terbabit terletak antara jalan Gua Musang-Kuala Krai iaitu di Kilometer (KM) 12; KM13; KM26, KM29; KM51; KM55 dan KM59, manakala enam lokasi lagi ialah jalan Kuala Krai-Gua Musang merangkumi KM64; KM69.3; KM69.3; KM72; KM75 dan KM80.


Abdul Ghani berkata, mengikut statistik polis, sebanyak 21 kes kemalangan maut dilapor berlaku di jalan-jalan yang disifatkan sebagai jalan sakaratulmaut sepanjang tahun lalu.-Bernama

sumber : HMETRO

TERIMA KASIH !!!

You May Also Like

3 comments

  1. Mungkin sekarang ni dah ada yang kerja dia baca blog-blog orang malaysia jer yek? Hehehehe....

    BalasPadam
  2. mantap~ kalau camtu, pengkaji2 dari pihak kerajaan ni kena tahan sikit bila baca blog orang. ayat2 kebanyakannya tulus ikhlas dari hati. hahah

    BalasPadam