Pemikiran anak merdeka ..
Antara keyword pagi ni ... Inikah erti kemerdekaan bagi mereka ?? Berminat terhadap sesuatu yang di luar batasan agama ..keyword ginilah menunjukkan terdapatnya spesis spesis pembuang bayi masih wujud .. hurm... spesis nafsu haiwan !
Ada sahabat bertanyakan erti kemerdekaan bagi aku ..Satu tika dulu .. sebelum aku menjejakkan kaki ke jabatan aku skang ni , kemerdekaan bagi aku hanyalah satu jeritan di tengah malam 31 Ogos setiap tahun dan masa untuk melepak ramai ramai di Dataran Merdeka ..
Tapi sekarang , nilai kemerdekaaan bagi aku amatlah tinggi sekali .. Setelah mendengar sendiri kata kata mereka yang berminat nak menetap di sini , membuatkan aku terharu menjadi anak jati Malaysia .. Aku tidak perlu berhimpit himpit dalam sebuah kereta semata mata nak mencari pekerjaan ! Aku tak perlu bermain kejar mengejar dengan pihak berkuasa disbbkan aku ini pendatang asing ! Aku bebas ke sana ke mari dengan berstatuskan AKU INI WARGANEGARA MALAYSIA !
Bekerja di dalam bangunan yang mana kesemua mantan PERDANA MENTERI MALAYSIA menjejakkan kaki mereka setiap hari, menjadi kebanggaan aku .. Bukan mudah nak mengecap kenikmatan ini .. Naik turun ERL , LRT tanpa rasa takut langsung .. ketakutan menjelma disebabkan wujudnya perosak kedamaian negara ! Spesis ni patut dihantar ke GAZA ... biar tau erti kemerdekaan ..
Pemikiran tidak lagi merdeka ? Itu salah sendiri .. Bagi aku , mereka yang berfikiran barat ini , masih lagi tidak matang dan tidak hargai kemakmuran negara ini .. Sungguhpun mereka senantiasa berkata , pemimpin pemimpin negara ini terlalu korup , maka satu pertanyaan aku , jika anda di tempat mereka , mampukah anda berlaku adil , amanah , jujur sedangkan sebagai rakyat atau sebagai seorang anak , rakan , ayah malah sebagai hamba Allah pon gagal berlaku adil dan amanah !
Letakkan diri kita sebagai pemimpin .. datang adik beradik kita, sahabat handai , bekas jiran , meminta bantuan .. adakah kita akan kata , sila ambil borang dan buat temujanji dahulu .. kemudian baru boleh jumpa .. tu pon entah bila ...
Jika kita mempunyai kekuatan dalam bidang agama , mungkin kita akan tau bagaimana nak mengendali semua pemasalahan tersebut , namun syaitan takkan lepaskan kita semudah itu .. Makin tinggi gelaran kita , makin kuat godaannya ..
Aku , anak merdeka ... senantiasa tersenyum bangga menjadi rakyat Malaysia .. senantiasa bersyukur , bila melihat sahabat di negara negara jiran dengkikan kedamaian kita ... dengkikan kemakmuran negara kita .. Alhamdulillah.. Semoga Allah terus memelihara kedamaian negara tercinta kita ini ... Amin ...
6 comments
Bet0l bet0l bet0l..kite patot bersyukur kan..kite ni dah cukup senang berbanding ngan negara laen..
BalasPadamSamat ari merdeka incik BEN =)
sokong kata2 en.ben ;))
BalasPadamnegara dh merdeka tapi pengaruh dan pemikiran barat masih membelenggu minda anak2 merdeka..
mcm mne mau maju lagi??
bersyukurlah dengan nikmat yg telah diberikan ;)
*bru buat entri cmni gk mlm td ngeh3~*
merdekakan diri dari api negara is our mision now
BalasPadamamin.. semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang merdeka..bukan utk 53 tahun ini shja, tpi untuk selama2nya... harap2 rakyatnya jugak turut merdeka bersama..
BalasPadamamin.. moga merdeka ini kekal. dan rakyatnya juga merdeka dari segala bentuk penghambaan melainkan penghambaan kepada yang Satu.
BalasPadamowh fyzal pilih n3 ni..
BalasPadamnice
ALL IN ONE