Sedap betul menokok tambah ..

by - Selasa, Ogos 31, 2010

Bab mengumpat .. mmg best ! Tak kira bulan puasa atau tidak , mulut manusia ni susah betul nak ditutup .. Kalau diumpat perkara baik tu tak pe la ... tapi mana ada orang umpat perkara baik .. Mana best kan ? Apa kelas dok bercerita tentang kebaikkan seseorang tu kan ? Kasi dia popular je kan ? Wat pe ?? Huh ..

Buat baik pon orang cerita .. buat jahat , lagiiii orang cerita ... jadi camana tu ? Mulut manusia ni , mmg tak boleh ditutup .. kalau boleh ditutup tu , mmg ajaib la .. Haih..

Aku sendiri pon tak dinafikan tidak terlepas kadang kadang mengumpat ... geram punya kes .. tapi kalau nak menokok tambah tu , jauh sekali laa..takkan aku buat .. cuma ngumpat untuk lepas geram ... berdosa sungguh ... astaghfirullah al a'zim ..

Tapi tu la kan , selagi kita bermasyarakat , bab kata mengata ni mmg menjadi bahan pelaris paling best .. Biasa la kan .. bisikan syaitan .. Apa saja syaitan ni bisik , semua jadi best .. Yang tak best pon jadi best .. Sbb tu la ramai 'tergolek' lepas mendengar bisikan syaitan ni ... hurmm ..

Ramadhan hampir tamat ... berjayakah kita semua berjaya dalam mendalami keyakinan kita terhadap keimanan pada ALLAH ? Berjayakah kita melawan godaan nafsu ? Erm... tanya tanya diri sendiri ... huhu...

You May Also Like

2 comments

  1. exaggerate in making a story ialah rempah ratus dalam kehidupan. tp exaggerate dlm mengutuk org itu da dikire fitnah.sigh~

    BalasPadam
  2. “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

    BalasPadam