Bila kita dibawah , mereka tertawa.. Bila kita diatas , mereka baling batu ..

by - Selasa, Ogos 10, 2010

Sian artis artis kita kan ... Salem Iklim , Ameng Spring , Apek Senario , Yassin .. dulu mereka semua ni dipuja..di puji.. melambong lambong ... Tapi dek kerana dadah , mereka semua ni dipandang sipi sipi jer ..

Sapa nak kawan dengan penagih dadah ? Dalam kepala kita dah tersemat , diorng ni MAT PET.. kaki kebas barang.. kalau diorng datang kawan ngan kita , sah sah dapat badi .. Tulah pemikiran orang sekarang .. Bila dah macam tu , dengan sapa lagi diorng nak berkawan ? Pasti mencari rakan rakan yang memahami diorng .. Akhirnya ??? Pastu , kita baling ngan batu lak.. dok kutuk .dok perli... haih... sampai bila ? Bila dah mati , baru nak pusing lagu lagu dia? Baru nak buat FANS CLUB ? hurm..

Kebelakangan ni , orang kita dah pandai gunakan FB .. Apa saja tak suka , akan diluahkan dlm tu.. Kalau teruk sangat , wujudlah FANS CLUB .. I HATE .. mcm mcm lagi la .. peliknya .. yang dok HATE , MENGUTUK tu , dah cermin diri ker??

Takde manusia sempurna.. Jgn kutuk lebih lebih.. kalau pulang kat kita , kena kat anak kita.. atau cucu kita .. tak pun sedara mara kita .. maka , bertapis tapislah bila mengutuk tu yer ..

BA : Nak cari cermin makeup ..

You May Also Like

5 comments

  1. yg kutuk2 tu pkir dorang bagus sangat kot..

    semoga kita semua diberikan hidayah oleh Allah

    BalasPadam
  2. ar'r..manusia mmg bgitu..
    mnjaja aib org lain sdgkan aib sndiri mngumpat,mnyumpah seranah terbuka sndiri..
    nauzubillah

    BalasPadam
  3. salam bro, secara peribadi aku tak suka mereka2 yang menugutuk golongan yang telah bro list kan tadi. memang betul, kita tak patut benci orang tu, cuma kita benci dengan sikap & perangai mereka bila ambik benda haram tuh. Itu jer, tapi bab kutuk orang aku tak suka. korang boleh mengutuk sebab tak kena dalam keluarga korang. sesiapa yang ada sejarah tersendiri dalam ahli keluarga baru tahu peritnya kehidupan mereka & faham.

    BalasPadam
  4. salah satu sbb segelintir orang melayu tak maju.
    bila org susah atau buat kesilapan tak nak tolong, duk mengutuk bukan nak bagi semangat. Bila org senang, cam beselah penyakit dengki dtg. ~melayu oh melayu

    BalasPadam