Penting ke telefon bimbit original set ni ?

by - Rabu, Februari 06, 2013

 

Gambar- Lelong.com.my

Hurmm .. Aku beli HTC ONE X aku tu di Low Yatt.. Di kedai Pda Expert yang aku dah setia beli kat situ sejak kali pertama beli Tytn II .. Kenapa ? Sebab servicenya yang ok .. Nak kat terbaik tu , tak la sangat.. Tapi jauh ok la dari sesetengah kedai ..

Pastu yang penting ialah jaminan kerosakkan dari segi software dan hardware .. Tu mmg penting .. Bila rosak , tak yah pening kepala selagi mana ada warranti .. Bawak je gi sana , settle .. Tukar je mana mana yang patut… Lainlah kecuaian kita , kita kena bayar.. Kalau tak , ada warranti .. senang ! Bagi , balik .. datang , amik.. Settle ..

Ada yang tanya … apa beza Original set dari agen dilantik dan AP ? Ok , ni sedikit info dari CARIGOLD ..

HTC ORI

  • Warranty daripada SiS
  • 2 years warranty (1+1)
  • 2nd year punya warranty valid cuma kalau register warranty dalam tempoh 7 hari selepas pembelian
  • kerosakan boleh deal terus ngan SiS service centre

HTC AP

  • Warranty daripada AP distributor
  • 1 years warranty
    - kerosakan kena hantar kedai yg jual

Ok .. Nasihat aku … Biar rugi skit dari pening kepala .. Serius , mmg pening kepala bila nak bertekak bab warranty ni ..

You May Also Like

7 comments

  1. lebih suka yg original dari AP. HTC One X naz hadiah celcom menang haritu, mmg dpt waranty dr SIS. yg jenuh, dok kat sabah ni...service centre SIS tadak. kalau ada apa2, terpaksala bw p kl. huhuh

    BalasPadam
  2. Eyqa kalau nak beli handphone , mesti eyqa pilih yang ori . Beza tak banyak pun . Dalam rm100 je .

    BalasPadam
  3. setuju sgt bro..at least ade jaminan lebih..

    BalasPadam
  4. original lebih baek walaupon harga dia ade sedikit mahal tapi waranty dia jauh lebih puaskan hati. Jika terjadi kerosakan... Boleh claim di negara2 yg ade waranty jenama enset tsbt. :)

    BalasPadam
  5. Salam. Lebih baik beli ori sebab dulu aq pun pernah terkena dengan cina kat Ocean Melaka. Masa tu nak angkat Bold 2 dia kata ori last2 dalam 5 bulan camtu rosak pergi anta kedai tak boleh buat sebab recon. Semenjak tu aq serik nak pergi dekat kedai2 fon yang biasa2 ..lebih baik kita beli je terus dekat branch baiarpun mahal janji puas hati ..

    BalasPadam