“Saya nak kawin dengan anak , bukan keluarganya ! “.

by - Isnin, Februari 04, 2013

 

Pernah dengar,kan ? Tapi aku ubah sikit .. Hurmm .. Zaman ni , ada anak sanggup buta mata hatinya semata-mata kerana cinta yang belum tahu penghujungnya walaupun telah menikah . Apakah telah selamat bila menikah ? Apa jadi bila perjalanan yang dimpikan hanya setengah jalan ? Kemana nak pergi bila segala yang kita ada , telah kita buang , semata-mata kerana cinta ?

Hurmm .. Untuk anak gadis yang sedang baca bisikan hati aku ni … Kalau nak cari suami , jangan semata mata nakkan kita .. Atau kalau terima keluarga kita sekali pun , hanya hujung hujung mata jer .. Bukanlah suruh junjung keluarga kita tapi sekurang-kurangnya , hormat dan layanlah seperti keluarga sendiri.

Kalau dapat yang berharta , penyayang , setia pada agama , mmg bonus benar buat si gadis .. Tapi kalau tak dapat yang kaya , dapat yang beriman , penyayang serta sering mengingatkan anda akan kehidupan dan kematian ini adalah ujian dariNya , bersyukurlah ..

Elakkan dari lelaki yang berpura-pura. Boleh baca karektor manusia begini .. Sangat mudah . Senantiasa bawa berjumpa dengan ahli keluarga kita .Tengok cara si dia bergaul .Jujur ? Ikhlas ? Segalanya boleh nampak dari situ .

Ada yang kata bab duit tak kisah . Bila kawin nanti , sama sama cari .. Bayangkan jika dapat suami yang sekadar bagi duit lampin dan susu anak .. Selebihnya , dia kata anda dah ada duit sendiri untuk sara diri sendiri … Duit baki gaji dia buat apa ? Hurmm ..

Jangan kerana cinta , buta segalanya ..Telan apa saja .. Diri sendiri merana .. Kalau diri sendiri saja tak pe .. Camana dengan anak anak yang masih kecil ?

You May Also Like

11 comments

  1. Terima kasih atas nasihat ni...
    Entri ni memang bagus BA.... =D
    AJ setuju sangat....

    BalasPadam
  2. Setuju sangat... bila dah kahwin bukan hanya hidup berdua aja... perkahwinan bukanlah percantuman dua hati semata-mata tetapi pergabungan dua keluarga... kena sayang dan hormat mak ayah pasangan kita sebagai mana kita sayang kan mak ayah kita sendiri...

    BalasPadam
  3. berkasih sayang atau bercinta langkah pertama kita buka pintu hati seluasnya untuk berlapang dada menerima pasangan dan keluarganya..mana mungkin seseorang itu boleh menyisihkan unsur penting yang juga menyumbang kebahagiaan dan keberkatan sebuah rumahtangga..DOA RESTU dan REDHA IBU BAPA..mereka redha ALLAH redha,, :)

    BalasPadam
  4. pernah dengar.pernah sgt dengar.

    BalasPadam
  5. setuju sgt... keluarga ni susah senang bersama... lau t dh kahwin mula ok t pas kahwin tunjuk belang mcm mane keluarga gak la yg dicari utk mengadu....

    BalasPadam
  6. sebab itu diawal perkenalan dulu (beberapa bulan selepas bercinta), perkara pertama yang aku buat adalah jumpa famili terus walaupun mereka jauh nun di Sabah. alang² dah datang, terus merisik... Alhamdulillah diterima dengan baik sekali. siap bincang pasal kahwin terus even target time tu lama lagi. tapi sekarang dah jadi suami & menantu :p actually, trend jumpa famili dulu dah biasa buat sejak zaman sekolah dengan niat nak maklum kat famili dia dengan siapa anak gadis dia berkawan.

    zaman sekarang, bila dah nak kawin... baru nak jumpa bakal mertua.

    BalasPadam
  7. he he he...macam pernah dengar jer nih... *_^

    BalasPadam
  8. satu entri yg memberi kesedaran kepada remaja hari ni..tapi tulah, dah berbuih rasanya nasihat diberi..bila terkena lenggokan cinta..pergghh...xingat dunia..

    BANkami

    BalasPadam
  9. Cinta itu buta... Pelik kadang2 tgk rakan2 sekeliling mencari pasangan tak kisah pasangannya solat ke tidak. Asal hensem dan berduit layannn... Mgkn mereka fikir lepas kahwin boleh berubah. Pepatah melayu kalau dah jadi buluh payah nak dilentur adalah sgt tepat.

    BalasPadam
  10. Tersentuh.

    P/s : Terkena kat diri sendiri :'(

    BalasPadam