Aku buang rokok dia !

 

Keluar dari wad di HKL .. Sepupu aku yang baru berusia 23 tahun tu mengeluarkan sebatang rokok .. Dengan pantas aku sambar rokok tu dan buang ke tepi ..

Terkejut dia.. Dia ingatkan aku nak rokok tu tapi bila lihatkan perbuatan aku tu , terus tergamam dia ..

“ Hang tak nampak lagi ka ? Hang nak lidah hang kena kerat gak ? Ka kaki ? Ka paru paru ? Atau pun hang nak bakal anak bini hang masuk wad sbb dok hidu asap rokok ? “.

Dia diam jer. Sepanjang berjalan kaki ke parking kereta  tu , aku membebel.. Hahahaha.. Tak terkata apa dia .. Sengih cam kerang busuk..

Tak guna muka kacak tapi mulut busuk .. “. Aku kata kat dia  , sewaktu memandu ke kedai makan .

Di kedai makan .. Aku order apa yang sepatutnya .. Begitu juga dia. Lepas makan , dia bangun .. Berjalan kaki sambil bermain handphone dia..

Jauh dari aku.. Aku senyum jer.. Tak lama kemudian , nampak asap berkepul kepul di sebelah kereta tu ..

Hurm… Selagi tak sakit , hisaplah .. Dah sakit , jangan salahkan anak anak bila tak gi melawat sedangkan , anak anak dah nasihatkan berulang kali berenti merokok .. Anak jugak dimarahi ..

Hurm.. Tak terfikir ke , bila dah tua .. sakit , masuk wad ! Sapa nak gi jaga ? Anak ? Isteri ? Bayangkan kalau ada anak anak kecil.. Kesian la si isteri nak mengusung semua gi lawat dan jaga .. Kalau dah tua , isteri pun dah tua. Anak anak pon ada komitmen lain.. Tak jaga , merajuk..

Kalau sakit bukan berpunca dari kita cari sendiri tu , lain ceritanya tapi ni sbb dah kita carik sendiri ! Dinasihat , kita kena nasihat balik ! Dah jadi , nak mengeluh pon tak guna lagi ..

Itulah yang aku bebelkan pada dia ..

17 ulasan:

  1. betul tu Ben...sapa yg telah terperangkap dgn jeratan 'geng perokok' nie memang susah sgt nak berhenti...kita boleh nasihat saje, tapi tindakannya org tu sendiri yg lakukan...

    macam anak2 didik saya nie, muda2 dah ketagih merokok, kita kata 'awak bau busuk tau'...tapi dia senyum ajer...

    BalasPadam
  2. husband pun perokok dulu... sebaik kami bertunang dia berhenti merokok. bukan sebab saya je... katanya sebab susah nak simpan duit... sekarang dah masuk 3 tahun dia berhenti merokok... dia ada asma... tapi sy lebih rela dia running nose daripada badan dia bernikotin... lelaki yg sayangkan dan fikirkan masa depan bakal keluarga pasti akan berusaha berhenti merokok...

    BalasPadam
  3. Orang macam nih bukan boleh larang, kena suruh lagi.. bagi galakkan! Reverse physiology

    BalasPadam
  4. Orang macam nih bukan boleh larang, kena suruh lagi.. bagi galakkan! Reverse physiology

    BalasPadam
  5. @Wenwink Kidu.Duki

    kak camne nak bagi berhenti tu? bukan susah ke? ada tips?

    BalasPadam
  6. Perghhh... Ayat mcm kene lempang ngan trailer... Hahaha

    BalasPadam
  7. Hah... lenkali jgn rampas rokok tu dr dia... suruh dia kunyah... bakar rugi...

    BalasPadam
  8. Hah... lenkali jgn rampas rokok tu dr dia... suruh dia kunyah... bakar rugi...

    BalasPadam
  9. Org macam ni....rokok lebih penting.biar hilang bini jgn hilang rokok..nasihat?masuk kanan kiri kuar..alhamdulillah suami xmerokok dr awl lagi...

    BalasPadam
  10. Kita cuma boleh nasihat..yg pnting hati tu..nak berubah atau tidak..pucuk pangkalnya HATI..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah.. sbb hubby leez dah quit smoking since dia 'shake hand' ngan tok kadi mase kami nikah. proud of him sbb dia kotakn janji dia. xtually, sbb kite syglah kite 'membebel' kan? klu xsyg, lantaklah nak hisap / kunyah ape pun.

    BalasPadam
  12. Betul tu... Nanti sakit sendiri mau ingat laa :))

    BalasPadam
  13. nak suruh org berhenti merokok payah..especially org yg kiter syg..uhhh..kna marahi lagi..

    BalasPadam
  14. Kalau larang pun makin menjadi-jadi..
    Baik bagi galakan je pakai ayat kawww2 ala-ala perli gitu.. hehe

    BalasPadam
  15. kalau dah kaki rokok mmg tak makan saman

    BalasPadam
  16. boleh nak minta share in public entry ni ?

    BalasPadam
  17. kesian yg menghidu asap rokok. lebih cepat matinya :'(

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009