Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 26 Mei 2014

Best bersantai di New Zealand Natural !

 

Semalam , aku dan dua rakan blogger .. Lan Careno dan Fatin Fuentebella ke The Curve.. Saja nak melepak berborak kat sana memandangkan masing masing ‘takde apa nak buat’ ! Hahahaha .. Saja je bergathering.

Di sana , pilihan tempat untuk bersantai adalah di New Zealand Natural. Kenapa situ jadi pilihan ?? Hee..Cuba tengok gambar gambar ni ..

Nampak santai je kan ? Reka bentuk hiasan yang kelihatan seperti di rumah sendiri dan juga kemas serta bersih , menyebabkan pengunjung rasa ‘cool ‘ jer leak sini ..

Yang keduanya .. pastinya pilihan juadah untuk melepak kat sini , tidaklah terlalu membebankan perut .. Hee.. Yelah , sini tak dijual makanan berat seperti nasi atau sebagainya..

Jadi apa yang ada kat sini ?

Wowwww.. Aiskrim ??? Best tuuuu ! Tapi takkan ais krim je kot ? Ais krim semestinya best .. Yang lain ??

Kat sini ada jual makanan yang santai dimakan.. Cam waffles , croissant , doughnut , puff , swiss choclate roll , almond bar , cookie dan macam macam lagi .. Harga ? Berpatutan .. Rasa ? Tentulah menyelerakan ..

Dan aku dimaklumkan pada bulan Jun nanti akan ada Double Affogato & Affogato Milkshake . Pilihan kedua dua ni  nanti ialah :

Double Affogato
- Espresso
- Affogato ice cream
- Whipped cream
- Chocolate powder
- Dark chocolate waffle stick

Affogato Milkshake
- Affogato ice cream
- Milk
- Chocolate powder.

Hurm.. Kalau ada kawan yang dok diet dan tamo makan manis manis , dia tetap ada pilihan ! Cam aku la.. Aku rasa je semua pastu akhirnya amik jus buah buahan yang bagus untuk pencernaan .. heee…

Pilihan kitorang ari tu .. semuanya menarik dan sedap sedap belaka !

Antaranya …

Menyelerakan tak ? Seriusss .. hehe… Tak berenti makan kitorang !

Selain datang lepak bersantai berborak di sini , kat sini ada sesuatu yang baru aku untuk aku. Tapi kat luar negara , rasanya dah buat lama dah ..

“ Recycle Your Read “ !

Camana konsepnya ? Gini.. kalau korang ada buku yang menarik perhatian korang kat sini , sila bawak buku korang yang rasanya sesuai untuk bacaan orang lain , dan tukarkan di sini .. Haaa.. Kiranya kita bagi buku kita , dan amik buku kat sini .. Gitu laa..

Amacam ? Santai je kan ? Sesekali bawak keluarga lepak kat New Zealan Natural ni , mmg best ! Anak anak kecil kita pon , pastinya selesa apatah lagi layanan staff kat sini .. mesra gitu.. heee ..

Oh , lupa lak.. Aku ada beberapa voucher menarik untuk korang yang tinggalkan komen pada entri ni .. Jika  komen tu yang menarik perhatian aku , aku kasi dia …

Photo: Nak ?

Untuk sebarang pertanyaan , atau nak follow New Zealand Natural di laman sosial ni , sila pilih je mana yang nak.. heee .

FB : https://www.facebook.com/NewZealandNatural.MY 

Twitter : https://twitter.com/nznmy

Instagram http://instagram.com/nzn_my

6 komen :

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

baguslah konsep 'recycle ur read' tuh. jimat! tp, dgn ilmu yg b'ganda2.

careno berkata... [Reply to comment]

Mmg best lepak sini.. sblm ni ingtkan tmpt ni utk lepak layan ais krim jer... rupenyer ade byk lg menu yg sblm ni aku tak prasan pun... best lepak sini... wifi pun ade...

Shafiq berkata... [Reply to comment]

Menarik! Tempat yang santai. Tak tahu pulak ada tempat ni di the Curve. Saya pun tertarik dengan idea recycle your read tu. :-)

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Menarik tempat tu nampak santai dan ceria...

Farah Noorlin berkata... [Reply to comment]

tempat lepak paling best dan dapat makan yang boleh jaga kesihatan..selain tu recycle your read tu dapat mempengaruhi rakyat malaysia untuk membaca di mana jua berada...

Ieta Mat Saad berkata... [Reply to comment]

yeayyy... hr ni kak belajar cara review yg santai... thanks Ben

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI