Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 28 Mei 2014

“ Gelapkan la lagi kereta tu !! “

 

Di Bandar Tasik Permaisuri.  Kebetulan berhenti depan traffic light. Ada sebuah kereta Proton Perdana yang lama tu.. betul betul bergerak di sebelah kiri kereta aku.

Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi kuat.

“ Hurmm… ada lubang la tuuu .. Malang la kereta tu “. Bisik hati aku..

Dan kereta tu berhenti betul betul sebelah aku. Aku pelik sebab dia boleh majukan lagi kereta dia ke hadapan tapi dibiarkan kosong gitu..

Aku pandang ke kereta tu tapi tak nampak apa apa .. Gelap dek kerana cermin kereta dia tu .. Tak tau la pemandu lelaki ke perempuan ke , muda ke tua ke .. Biar je laa..

Lampu hijau.. Aku gerakkan perlahan.. Risau gak la kot kot spy ke .. Dok follow aku kan ? Mana laa tau .. Zaman ni , lelaki kacak sering diculik.. Haaaa ..

Kereta tu , tak bergerak lagi !

“ Amboi.. tak tau mana nak pergi ke ?? “ . Getus hati aku.

Aku pandang cermin sisi aku .. Kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta tu. Aku nampak tayar kereta tu terkeluar dari kedudukannya ..

Errr.. patah kot dia punya .. er , apa nama dia.. spring ? Huhuh…Kesiann …

2 komen :

Ieta Mat Saad berkata... [Reply to comment]

kurang faham cerita ni. huhu...

Shafiq berkata... [Reply to comment]

Bila dah pasang cermin gelap pada kereta, nak tengok jalan pun susah. Itu yang lubang besar di tengah jalan pun dibedalnya.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI