Hari penting !

 

8/5/2014 .. Tak pernah terlintas ianya akan berlaku serentak ! Hurmm…

Ayah aku .. kul 9 pagi ni , operation kanser lidahnya .. Akan mengambil masa selama 8 jam . Manakala wife aku , perlu melahirkan kandungannya itu , hari ni gak ! Samada normal atau pun perlu lakukan pembedahan..

Aku perlu ke sana sini esok seperti mana aku buat tadi.. Hurm.. Sana sini tu mana ? Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur.. seorang diri !

Aku semakin sabar kebelakangan ini .. Karenah Qhaliff pon , aku dah boleh tangani .. hurm.. Selama ni , leh tahan gak geram aku kat dia .. hurm..

Doa memudahkan urusan..

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

14 ulasan:

  1. Sabar la abang ben. InsyaAllah dipermudahkan. Tak sabar nak tengok baby. Hehehe.

    -www.ruby.my-

    BalasPadam
  2. I pray 4 the best to u, Ben. Anda kuat untuk menghadapinya. Amin3..

    BalasPadam
  3. Sabar ya Ben, kami semua doa kan moga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan Ben sekeluarga...banyakkan berdoa dan terus berdoa...(mlm tadi sampai akak termimp2 Zla selamat melahirkan baby girl yg sangat comel...gara2 teruja sngt..he3..)

    BalasPadam
  4. Sabar ye Ben..akak doakan semoga wife selamat bersalin..dan ayah Ben slmt dlm pembedahan tu..sesulit mana pun Allah tahu kekuatan Ben sbb itu lah Dia menguji..itu tandanya Dia syg..InsyaAllah semunya ok..:-)

    BalasPadam
  5. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan . Hati2 kesana sini . Jgn stress :)

    BalasPadam
  6. Insya allah semua akan dipermudahkan untuk en ben...Mudah-mudahan selamat semuanya...

    BalasPadam
  7. moga semuanya selamat dan dipermudah untuk abang ben sekeluarga. amin. dan abang ben please take care.

    BalasPadam
  8. Amin...insyaallah,saya doakan allah permudahakan segala urusan abang...tak sabo tgk baby & harap ayah abang cepat sembuh...

    BalasPadam
  9. insya'allah semuanya selamat..
    sabar yer abg ben..

    BalasPadam
  10. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin...amiiiinnn ya rabbalamin..

    BalasPadam
  11. semoga dipermudahkan...

    salam kenal :)

    BalasPadam
  12. Allah tahu abg ben boleh lakukan sebaiknya..maka abg ben dipilih untuk melalui ujian ini..syukur kerana isteri memahami..alhamdulillah..

    BalasPadam
  13. "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin"

    BalasPadam
  14. berkat kesabaran & sikap btanggungjawab..in shaa Allah abg ben akan dpt lalui semua kesulitan ni dgn baik..kuatkan semangat...
    mudah2an smua sihat & selamat..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009