Reaksi Qhaliff setelah 2 minggu berpisah !

 

Bila tengok di Waze , 100km lagi .. hati aku dah berdebar debar ! Makin lama makin kurang. Ikutkan aku boleh je sampai awal tapi saja ‘berjalan-jalan’ dulu.. Tenangkan diri supaya tak kalut..

Ikutkan awal lagi , aku dah kalut ! Nyaris !!! Masa isi minyak , aku lupa nak tutup penutup tangki tu.. Dua dua sekali ! Nasib baik aku amalkan pandang cermin sisi sebelum berjalan ! Kalau tak ??? Hurmm..

Dalam kul 6 petang .. Alhamdulillah.. Tiba jua ke destinasi yang dituju. Terima kasih buat rakan rakan sekalian atas doa agar perjalanan aku dilindungi Allah. Semoga Allah balas segala kebaikan korang semua ..

Sesampai je rumah .. Aku masuk ke dalam rumah. Tinggalkan barang dulu..

Qhaliff yang sedang bermain , terkejut tengok aku. Macam tak percaya je dia .. hahaha ..

Aku pandang tepat mata dia. Berkaca.. Tapi tak bergenang. Dia berjaya kawal dengan baiknya ! Hahaha.. Terus dia lari ke bilik belakang.. Saja nak gi bermain kat sana ! Aku tau sangat perangai ni !! Ini mmg perangai aku .. Ego !! Tunggu orang gi dukung dia baru terluah segalanya..

Yup.. aku panggil dia dan aku dukung dia.. Suh dia cium pipi aku.. Hahaha.. Sememangnya terasa dia rindukan aku .. Siann…

Photo

Tapi dia masih tunjuk ego dia.. Merajuk ? Hahaha.. Dia wat hal dia sendiri dan bermain dengan akak angkat dia.. Aku kasi tab pun dia wat tak kisah .. hahaha ..

Dalam 15 minit gitu , barulah dia nak melekat dengan aku.. Heeee.. Perangai aku ni .. huhuhu…

2 minggu tak jumpa dia.. terasa banyak perubahan.. Badan dia pun dah susut.. Aku dukung , ringan jer .. Pastu cara dia pun dah nampak matang .. Tapi !! Tak lama kemudian , balik ke perangai manja dia balik.. huhuhu..

Esok nak bawak dia jalan jalan Kota Bharu.. Jalan jalan cari makan .. Ke sabtu je baru gi ? Hee…

7 ulasan:

  1. Mkn choki2 dia...teserlah muka majuk Qhaliff kt gmbr nie..hehe..cian dia rndu daddy tu..

    BalasPadam
  2. Mula2 jual mahal dlu..hahaah..

    BalasPadam
  3. Mata qhaliff xbrgenang tp matae dedi nye yg brgenang :p

    BalasPadam
  4. aduh..sedih plak saya baca walaupun mungkin ada yang baca entry ni biasa je..

    BalasPadam
  5. Aduuhh..sedey btol laa..berenang renang air mata..tnggu nak jatuh jaa..nmpk mcm biasa ja entry ney tp mendalam..

    BalasPadam
  6. beres abg ben..Sabtu lah..kb kat mana?mna tau boleh jumpa qhaliff

    BalasPadam
  7. haa...kalau akak jd Qaliff..mau guling2 dah meraung...pandai Qaliff...kontrol macho

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.