Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 29 September 2016

Kenapa perlu pilih XCAPE RESORT Sg.Lembing ?

 

Pertama kali aku tengok XCAPE RESORT Sg.Lembing ni , di Google. Aku terima pelawaan ke sini walaupun baru je jejakkan kaki ke Taman Negara , awal tahun ari tu gara-gara gambar di Google.

image

Hurmm… aku tak percaya XCAPE RESORT segah seperti di dalam gambar yang aku nampak. Mesti edit punya ni ! Maklumlah, aku dah beberapa kali ditipu dek kerana gambar ! Hurmmm..

Dan pertama kali aku jejakkan kaki di XCAPE RESORT Sg.Lembing ni , aku tergamam ! Wowwww !!! Ada resort secantik ni , di dalam hutan rimba ? Untuk pengetahuan korang , nak ke resort ni .. kena naik pacuan 4 roda dari bandar Sg. Lembing , 9 km jauhnya ! Fuhhh.. Jauh okk ! Kalau gaduh ngan pasangan ketika dalam ni , memang takkan berani punya la nak balik sorang diri.. Hahahaha..

Jangan risau kenderaan korang. Akan diletakkan di satu tempat yang ada pengawal. InshaAllah akan selamat. Dan kemudian akan ada kenderaan bawak masuk ke resort. Hehehehe.. Syok naik pacuan 4 roda dan redah laluan yang pastinya membuatkan korang tersenyum. Berbual riang atas kereta tu.. hehehe..

Sewaktu turun dari pacuan 4 roda , masing masing tak sabar nak ke kawasan EXCAPE RESORT ni. Maklumlah , lama tak segarkan kepala. Dan semua semak dengan hal hal kerja  dan peribadi di bandar tu. Semalaman di sini pasti membawa perubahan ketara punya.. Huhuhhu.

image

Aku tersenyum melihat tempat ni. Bersih , nyaman , segar mata memandang dan luas !!

image

image

image

Selesa sangat chaletnya. Boleh muatkan 6 orang dalam satu bilik.. 2 lagi tu tido atas tilam kat lantai la. hehehe.. Ada kipas dan aircond. Plug point pon ada banyak.. leh charge handphone walaupun dalam resort ni , signal lemah sesangat sangat.. Jangan mimpi nak layan handphone.. hehehehe. Sememangnya korang akan rehat dari semua tu di sini..

Ada 13 chalet kesemuanya. Leh booking ramai ramai. Buat kem motivasi atau sebagainya. Berbaloi sangat !

image

image

Tandas.. semuanya memuaskan.. Tak puashati . sila gi report manager bertugas. InshaAllah akan dilayan dengan sangat baik !

Selesai check in , memasing nak berehat kat hammock ni. Ada yang terus terlena..  Maklumlah , berdekatan situ ada sungai. Deruan bunyi air mengalir sangat menenangkan..

image

image

Aktiviti di sini ? Hehehehe.. Seperti yang aku cerita sebelum ni , korang akan di bawa ke Rainbow Waterfall. Dan selain tu , aktiviti lasak yang mampu korang buat ialah..

image

Beraktiviti begini memang akan merangsang minda kita. Tak pikir apa dah.. yang tau , nak selesaikan course mencabar ni ! Huhuhuh..

image

image

image

image

image

image

Jangan risau.. keselamatan diutamakan ! Hehehhe..

image

image

Banyak gambar kalau nak letak.. hahahha.. Dan korang boleh tengok di bawah ni , aktiviti yang ditawarkan di XCAPE RESORT Sgl Lembing ni. Terbaik punyaa !

image

Hujan ? Air naik ? Banjir ? Jangan risau.. semua pasti ok ! Kalau nak tau dengan lebih lanjut , Call atau Whatsapp: 013-4243333 / 019-5249999.

Sangat sangat dicadangkan tempat andai korang nak merasai ketenangan serta benar benar nak merehatkan diri.. 2 hari 1 malam di sini , tak cukup sebenarnya. InshaAllah , kami akan kembali ke sini lagi..

5 komen :

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

sapa yang suka aktiviti tahan lasak mesti suka ni

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

bagus kbba pi sana...boleh asah mental blogger memasing hehe

miss eimanhikmah berkata... [Reply to comment]

nk ikutttt..hehe

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

bestnye... next time nak join jugaklah

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

seronoknya tengok

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI