Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 23 November 2016

Ayah jual dadih di jalanan untuk besarkan anak perempuannya.

 

Berhenti sebentar di depan restoran KFC. Qhaliff bersuara nak makan ayam. Payah dia nak makan skang ni. Memilih sungguh. Tapi kalau dapat nasi ayam atau beriani , dia suka la.. Bukan nak makan ayam sangat tapi nak nasi yang ada rasa. Nasi putih semata, dia boring dah kot ??

Aku tak kisah.. Ada duit boleh je aku belanja. Takda duit , duk diam diam kat umah dan makan apa yang ada je. Heee.. Tu pesan arwah ayah aku.

Wife turun gi beli. Aku dan anak anak tunggu dalam kereta. Tak lama kemudian wife kembali ke kereta. Dia tunjuk ka aku sesuatu. Aku pandang dia dan terpinga pinga. Apa yang istimewanya sangat , aku pun tak tau.

Kemudian wife bagi penjelasan. Aku tanya dia kenapa berapa harga ? Dia kata RM5 jer. Aku pandang dia dengan kening berkerut. Takkan RM5 jer ? Dah tu beli berapa ? Wife cakap satu je la..

Aku start enjin dan nak reverse. Tiba-tiba ada seorang lelaki bertopi senget bersama anak perempuannya berjalan di belakang kereta aku. Aku pantas tekan brek. Dia pandang aku dan angkat tangan. Dia suruh aku undur dan dia jaga laluan  kereta. 

“ Dia ni la yang jual dadih ni. Dia merayu suruh beli..katanya untuk besarkan anak dia. “. Wife bagitau aku. Terpandang aku pada anak gadis dia yang masih kecil . Teringat aku pada arwah ayah. Sayu aku melihat anak dia tu. Terbayangkan kalau itu Zahra. Ikut aku ke mana mana untuk mencari rezeki andai aku berada di tempatnya.

Hurmm.. Selepas aku undurkan kereta , aku ucapkan terima kasih. Aku teruskan perjalanan. Sempat aku pandang ke cermin sisi dan tengok dia sambung berniaga.

Aku lajukan kereta aku dan masuk semula ke jalan ke restoran KFC tadi dengan harapan  abang tadi tu ada lagi kat situ. Alhamdulillah… ada ! Terus aku berhenti dengan dia dan bagitau aku nak beli lagi dadih dia !

Aku kuarkan RM20. Mintak satu plastik. Satu plastik tu berisi 5.  Harga RM5.

“ Baki kasi kat anak abang. Terima kasih yer.. “. Aku senyum kat anak perempuan dia.

“ Alhamdulillah. Syukur.. Alhamdulillah.. Syukur.. “. Jawab abang tu.

Sian. Aku terbayang , apa la nasib aku andai aku dalam kesusahan nanti. Apakah yang akan aku lakukan untuk menyara anak anak ? Hurmm..

6 komen :

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

Allahu sedih dengar. Mudah2an murah rezekinya

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Bagus abg tu, berusaha berniaga dan bukan sekadar mengharapkan bantuan org je. Moga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga, Amin...

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Semoga dipermudahkan rezeki mereka. amiin

Risi Yusoff berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah ...lembut hati abang Ben.

sheAYANG berkata... [Reply to comment]

Selalu teringat apalah nasib anak2 bila kita takde nanti. Semua orang ada kisah sedih dalam membesarkan anak. Yang kurang mampu, usaha sekeras mungkin. Yang senang tu, kongsikan rezeki bersama. InshaAllah sama-sama diberkati.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI