Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 25 November 2016

Bila Qhaliff mintak PS4 !

 

“ Daddy.. nak yang camni camni camni tuuu.. Nak Ultraman lawan.. “. Pinta Qhaliff.

Aku pandang muka dia. Hurmm.. Dia pandang muka aku dengan gaya kasihan sambil tangan dia mengayakan seperti sedang bermain game PS4.

Nak beli ke tak nak eh ? Kalau aku beli , rosak masa depan dia ni ! Huhuhu.. Ke masa depan aku yang rosak sebab aku yang akan main lebih dari dia ? Hahahaha..

image

Aku tak tau mengapa bila Qhaliff meminta sesuatu , aku mesti nak tunaikan. Zahra lak , dia bukan jenis taksubkan sesuatu. Dia taksub bab makan je .. Hahahaha.. Kalau dia pegang mainan yang dia nak tetiba nampak makanan yang menarik perhatian dia , permainan tu dia akan letak dan akan amik makanan ! Haaa.. Kena bawak dia gi food review la gini eh ?

Kembali ke Qhaliff.. Aku nak beli ke tak ? Tahun depan dia akan masuk ke taska. Kalau aku beli , kepala dia akan dok asyik dengan game jer. Dan dia akan jarang bermain dengan adik dia lak..

“ Qhaliff kecik lagi. Qhaliff besar nanti , daddy beli .. ok ? “. Jawab aku.

Tau dia kata apa ?

“ Daddy cari duit dulu.. ok ? “. Wah , pandai dah anak aku.. Dia suruh aku cari duit dulu untuk dia. Hahahaha.. Ok , best part ! Ni best part ni..

Di Alamanda pada satu hari tu.. Aku berjalan dengan dia. Lalu depan mesin ATM. Terus dia tunjuk kat aku..

“ Daddy.. cari duit.. pastu beli eh ? “. Qhaliff menuding jarinya ke mesin ATM.

Amboi amboi amboiiiiiii ! Aku ingatkan aku kena gii kerja cari duit. Rupanya mesin ATM tu laaa tempat dia carik duit ! ARghh.. mudahnya kehidupan kalau gitu haaaaaa !

2 komen :

Norma NML berkata... [Reply to comment]

Budak2 skrg mmg bijak..hahaha

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

hahaha.. good. nak gak cari duit ctu. tp duit xde plak kat ctu. kihkih

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI