Hari ni hari terpenting tetapi…

 

9 tahun lepas..seminggu sebelum hari lahir aku , ada satu lagi tarikh keramat yang patut aku ingat setiap tahun..tetapi kali ni , aku terlupa !!

Awal pagi , masing masing dah sibuk. Destinasi ialah DPulze Cyberjaya setelah wife tunjukkan keratan gambar yang mana di Jaya Grocer sedang buat jualan murah… diapers budak je murah ! Heee..

Pastu gi makan kat Secret Recepi.. Dari A hingga Z , aku belanja.. Dan dalam perjalanan balik ke rumah , tiba tiba wife tanya aku..

“ Abang.. hari ni berapa haribulan ? “.

Aku jawab je la.. Dan terus teringat.

image

Terlupa hari ni hari ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke 9 ! Adehhh… Nasib baik dia pun terlupa. Alasan memasing  sibuk dengan tugasan harian.. Huhuhu..

Fuhh… minggu depan , harijadi aku.. dia wat wat lupa , siap ler ! Hahahaha… Nak basikal !

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah..selamat ulangtahun perkahwinan abg ben dan kak zila..moga sentiasa atas paksi lillahitaala..

    BalasPadam
  2. Tahniah! Happy Anniversary. Sporting lah wife you, dia tak marah-marah sayang. Biasanya perempuan yang ingat tarikh-tarikh keramat ni. Hari jadi you mesti dia ingat.

    BalasPadam
  3. haha. ayok. asben saya bzday bulan 12. dia nak guitar. adudududu.. Happy Anniversary to both of u. Moga kekal jodoh hingga ke Jannah. Kenang wife dalam doamu. Hiiiiiii

    BalasPadam
  4. hahhahaha mohon tag isteri ye ben...nak basikal weeeeeeeee syok la

    BalasPadam
  5. Nak basikal apa? Permintaan kena jelas.. kang dia bagi beskal mainan

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.