Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 16 November 2016

Seperti Ameng Spring , aku juga sokong Ujang Aku Budak Minang !

 

Secara jujurnya , aku dah tinggalkan majalah Gila-Gila sejak  Ujang blah dari situ dan terbitkan majalah sendiri yang bertajuk Ujang. Rasanya la kan ? Kemudian muncul APO. Sayangnya aku tinggalkan juga majalah tu sebab komik dalam tu macam kehilangan idea dan banyak cerita bersiri. Jadi boring lak nak baca.. Kalau sebelum tu , sahih akan tertawa seorang diri dalam bas mini. Awek cun duduk sebelah pun aku tak kisah.. Hehehehe.. Siap offer baca sama sama sekali. Hahahaa..

Dan baru-baru ni , Ujang menaikkan status di FBnya..

image

Ok… aku pun membesar dengan membaca majalah ni hingga arwah ayah aku pun pelik apa yang best sangat majalah ni. Biasa laaa.. jiwa orang tua masa tu mana nak sama ngan orang muda yang mudah terhibur ! Hahahaha..

Setelah melihat rakan blogger #KBBA9 membeli majalah ni , aku terus mencarinya di shopping mall yang berhampiran. Aku duduk kat Sepang , gi cari kat Bukit Bintang ! Bapak berhampiran la sangat ! Huhhh..

Jumpaaa !

image

Yeeeess ! Tak sabar nak beli. Harga , RM6.50. Ok la bagi aku. Kualiti kertas pon cun gak. Moga kandungan di dalamnya lebih gempak dari sebelum ni.

Dan semoga Gila Gila terus berjuang dan kekal hingga ke akhir zaman..  Bukan apa.. dulu Gila Gila ni , bahasa dia memang guna bahasa Malaysia. Aku banyak belajar dari majalah ni. Belajar camana nak kasi orang tersenyum. Maklumlah , nak ngorat awek masa tu melalui surat.. kena ayat lawak lawak. Gile la nak tulis ayat berbunga bunga. Mau muntah darah awek tu haaa.. Awek skang ni je suka ayat bunga bunga tapi pakwa zaman ni tak minat dah jiwang jiwang. Semua sibuk cari duit untuk kawin. Takda masa nak berjiwang ! Hehehehe..

Ok.. nak baca Gila Gila jap. Aku dah ! Korang tengok je ???

5 komen :

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

dah beli semalam.
dh review jugak dlm blog.
hehehe.
pueh hati lawak2 yg ada.
dh boleh start balik beli tiap2 bulan pasni

Noor Maizan berkata... [Reply to comment]

Abah anak sulung dan ada ramai adik lelaki. Mai membesar dulu dengan pakcik2 yang suka beli komik gila2, apo, dan lebih menariknya, mai pandai baca masa umur 6 tahun sebab komik ni la geledah koleksi pakcik2 mai. Punya rasa nak tahu komik tu cerita apa, sanggup baca dari mengeja2 sampai lancar. Memang takkan lupa kenangan dengan komik ni. hahaha

mas saari berkata... [Reply to comment]

feberet gak ni.. dulu bertimbun simpan! kumpul duit belanja sekolah nak beli.. bila baca mmg boleh ketawa terbahak² lah..

nyna saidi berkata... [Reply to comment]

hahahaa, dulu time zaman sekolah..sangat terkenal majalh ni ;)

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Majalah 'legend' ni lah yg i suka baca dulu, urtv ke mangga ke apa majalah cerita retis tu semua tak layan. Gila Gila the best!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI