Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 23 November 2016

Tiada minat lagi Upin Ipin dalam kamus anak-anak aku ?

 

Heee.. Tiap kali muncul kartun Upin Ipin di tv , Qhaliff atau Zahra pasti akan mintak tukar ke kartun lain. Zahra suka giler dengan Didi and Friends manakala Qhaliff dengan ‘Oggy and The Cockroaches’.

Ada gak aku try pasang berkali kali tapi tak menarik minat diorang pon. Entah kenapa , aku pun tak tau ! Agaknya membosankan kot ? Kecuali yang Ultraman tu..  Tu pun sebab ada Ultraman.

Nanti akan kuar movie Upin Ipin tapi Qhaliff tak berminat walaupun aku ada ajak  Saja nak tengok reaksi dia.  Dia lebih suka nak tengok Boboiboy Galaxy. Hee.. Aku sokong part ni ! Memang best lagi la Boboiboy Galaxy tu.

Hari ni di Alamanda Shoppling Mall ada Didi and Friends. Aku nak bawak Zahra ke sana. Mesti dia teruja sangat happy bila nampak si Didi tu.

Pagi ni , aku tak gi gym semata mata nak bawak diorang ke sana awal pagi. Malas nak gi time ramai orang ! Hahahaha..

Sebenarnya , aku tak tau apa yang ada kat sana. Tapi macam ada pelancaran Vikids Club jer.. Hurmmm.. Tunggu aku cerita nanti eh. Harapnya berbaloi la !

image

3 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

singgah pagi rabu

eima berkata... [Reply to comment]

kadang tu budak bosan .. tp percaya diorg akan minat balik nanti ....
itu yg berlaku dgn anak2 aku .... skrg ni minat gile dgn zoo moo dulu minat gile dengan fin & jake tu

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

nak pegi la sabtu ni..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI