Apa ??? Isteriku mengandung lagi ?

by - Selasa, September 03, 2019

Teringat saat saat wife aku mengandungkan Qhaliff. Ketika tu , kami tinggal di Putrajaya. Setelah bertahun menantikan kata kata ' bang , saya pregnant'  keluar dari mulut wife , akhirnya di satu ketika tu.. aku perhatikan dia semacam sikit dari rupa fizikalnya. Dia berisi sedikit dan agak pelik perangainya. Sibuk nak berkebun. Aku cam.. hurmm..  Aku tak benarkan ! Ditambah lagi dengan dia tak leh bau badan aku serta kerap ke tandas untuk buang air kecil. 

Eh.. jap jap.. Aku cuba cari entri tu eh... Hah ! Jumpa  !! Entri bertarikh 8 Ogos 2011 . Fuh , cayalah ! Untung ada blog. Leh cari semula. Kalau Facebook ? Instagram ? Haaa.. sebab tu blog tu penting ! Senang nak cari semula kisah hidup kita ! Kan kannnnnn ? 

" Semalam ... guna pregnancy test , nampak dua jalur ni .. Tapi menurut mereka yang berpengalaman berkata , keputusan dari pregnancy test ni tak leh nak percaya sangat.. Nak tak nak kena g dapatkan khidmat pakar perubatan .. Doktor laaaa.. hehehe ..

Maka ... aku pon g laaa ...Pergi la.. bukan gi laaa ( gila ) ... g klinik ibu mengandung dekat Precint Diplomatik .. hehehe .. Sampai sampai situ , aku macam tak percaya jer.. Gulp.. ramainya budak budak .. hahaha.. Apakah ???

Tersenyum melihat budak budak yang bermain berhampiran dengan aku .. hehehe.. Comel budak budak ni .. Alhamdulillah , pasti ibu bapa dia beruntung dapat anak anak comel gitu..

Giliran wife aku dipanggil .. Aku dan wife masuk ke dalam .. Gulp .. Doktor memberi salam .. Tersenyum dia ... Hehehe.. aku pon senyum ala ala kerang je.. Maklumlah , kali pertama .. Padahal sebelum tu tanya wife , " Nak kena masuk gak ke ??? " .. Hahahah... bengong kan aku ? Hahahaha...

Kemudian doktor tanya .. bla bla bla.. Wife jawab.. bla  bla bla .... Maka doktor kata , baik scan .. Bukan apa , kadang kadang ada yang fikir pregnant tapi bila scan , lain lak.. Haaa.. 

Setelah menerima pandangan dia , kitorang pon setuju untuk scan.. "


Ok.. confirm dah ! Masalah utama aku ketika itu ialah.. apa yang patut aku buat setelah mengetahui wife aku pregnant ?? Dan paling best ialah.. dia mula alami masalah masalah mana ketika ini si suami akan diuji dengan tabahnya 'perangai ' sang isteri ! Fuh... kalau 8 bulan ko tak leh tahan , camana ko nak tahan dengan perangai anak bertahun tahun lamanya?? 

Nah... di sini aku nak bagi sedikit tips khas buat mereka yang baru menikah yer ! Bukan apa.. ada lelaki yang tak tau apa apa pun mengenai pregnancy ni ! Aku amik tips tips ni di HelloDoktor.Com yer.. 


Ini bukan mengandung yer..

Tanda tanda mengandung yang biasa berlaku 

Terlepas Haid/ Haid tidak datang
Sekiranya anda dalam usia yang masuk akal untuk hamil, tidak mempunyai sebarang masalah kitaran haid tidak teratur dan perasan bahawa seminggu telah berlalu tanpa anda datang bulan (daripada waktu sepatutnya), kemungkinan besar anda sedang hamil. Ini merupakan tanda pertama dalam senarai tanda tanda mengandung kerana ianya adalah yang paling utama.

Buah dada menjadi bengkak dan sensitif. 
Apabila anda mengandung, terdapat perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Perubahan hormon-hormon ini adalah penting bagi menyokong perkembangan proses kehamilan tersebut. Namun yang demikian, kesan daripada perubahan hormon-hormon ini, anda mungkin akan perasan bahawa buah dada anda akan menjadi sedikit bengkak dan lebih sensitif. Mujurlah, rasa tidak selesa ini akan berkurangan setelah beberapa minggu kerana badan anda akan menyesuaikan dirinya dengan perubahan hormon-hormon yang telah berlaku. 

Rasa mual (boleh berlaku tanpa muntah)
Tanda yang mecadangkan bahawa anda mengandung yang seterusnya adalah rasa mual khususnya di waktu pagi atau waktu berjaga, fenomena yang dikenali sebagai morning sickness. Sungguhpun begitu, rasa mual ini turut boleh berlaku ketika waktu malam. Rasa mual ini lazimnya diikuti oleh muntah-muntah namun dalam sesetengah orang, rasa ingin muntah ini tidak berlaku. Berbanding dengan tanda tanda mengandung lain yang telah disebut, tanda mengandung yang ini lazimnya berlaku sebulan selepas anda mengandung. Namun yang demikian, terdapat sesetengah wanita yang akan mengalaminya lebih awal dan ada juga segelintir yang tidak mengalaminya langsung. Walaupun ianya tidak jelas apakah punca kepada fenomena mual ini, peranan hormon Beta HCG dikatakan memainkan peranan.

Kerap membuang air kecil
Mungkin ianya adalah salah satu tanda tanda mengandung yang kurang difikirkan tetapi apabila anda mengandung, anda akan mula perasan bahawa anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Hal ini kerana apabila anda mengandung, kandungan darah dalam badan anda meningkat, menyebabkan buah pinggang akan menapis lebih banyak darah dan akhirnya membentuk lebih banyak air kencing. 

Rasa letih dan lesu
Merasa letih dan lesu merupakan antara tanda tanda mengandung yang lazim berlaku. Walaupun ianya sedikit subjektif, anda akan mengetahui perbezaannya apabila badan anda mula merasa lesu dan anda mula merasa lebih letih berbanding biasa. Tanda ini dikatakan berpunca daripada peningkatan paras hormon progesteron yang tinggi pada peringkat awal kehamilan. Hormon progesteron menyebabkan anda berasa lebih penat dan mengantuk.

Terdapat juga beberapa tanda tanda mengandung yang lain yang boleh berlaku namun kurang disedari oleh si ibu dan juga tidak berlaku dalam segelintir ibu mengandung. Tanda tanda mengandung ini turut berlaku dalam trimester pertama dan antaranya adalah:

Gangguan mood. Perubahan hormon ketika trimester pertama ini mampu untuk mempengaruhi emosi dan mood anda. Hasilnya, anda atau pasangan anda mungkin akan perasan bahawa emosi anda sedikit sensitif ketika tempoh ini. 

Kembung perut. 
Seperti kebanyakan tanda tanda mengandung dalam artikel ini, perubahan hormon turut berupaya untuk menyebabkan anda merasa kembung perut sedikit. Rasa kembung perut ini boleh diperincikan sebagai mirip rasa kembung perut ketika permulaan datang bulan. 

Kewujudan sedikit tompokan darah pada tuala wanita. Berbeza dengan tanda tanda mengandung yang lain, tanda ini tidak dikaitkan dengan hormon. Sebaliknya, kewujudan tompokan darah pada pad adalah disebabkan satu fenomena yang disebut sebagai implantation bleeding. Apabila persenyawaan telah berlaku antara sel telur wanita dan juga sel sperma lelaki, bebola sel yang terhasil akan bergerak ke dalam rahim dan akan menampal pada dinding rahim. Proses penampalan atau implantasi ini berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari setelah persenyawaan berlaku dan ianya akan menyebabkan pembentukan bekalan salur darah bagi membekalkan nutrien penting kepada janin yang sedang berkembang tersebut. Dalam proses ini, sedikit pendarahan boleh berlaku, menyebabkan darah tersebut muncul sebagai tompokan pada tuala wanita. Untuk sesetengah orang yang pernah mengalami tanda ini dalam kandungan sebelumnya, tanda ini akan muncul dalam kandungan seterusnya dalam majoriti wanita. 

Rasa kejang pada bahagian abdomen. Sesetengah wanita akan mengalami rasa kejang sedikit pada bahagian abdomen mereka. Rasa kejang ini sebenarnya merujuk kepada kekejangan rahim. 

Sembelit
Salah satu contoh bagaimana perubahan hormon ketika mengandung mempengaruhi badan anda adalah dengan menyebabkan sembelit. Peningkatan hormon tertentu akan menyebabkan pergerakan sistem penghadaman menjadi perlahan. Kesannya, pergerakan makanan dan tinja dalam usus besar tidak selancar dulu, menyebabkan terjadinya sembelit.

Mengelak sesetengah makanan
Apabila anda mengandung, anda mungkin akan perasan bahawa anda menjadi lebih sensitif kepada sesetengah bau dan rasa makanan. Untuk sesetengah wanita mengandung, hanya bau makanan tersebut sudah cukup untuk menyebabkan mereka menjadi mual dan loya. Tambahan lagi, anda juga mungkin akan perasan bahawa anda lebih cenderung untuk memakan sesetengah makanan sahaja. Seperti tanda tanda mengandung yang lain, tanda ini dikatakan disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh hormon ketika mengandung. 

Hidung tersumbat. 
Peningkatan paras hormon tertentu boleh menyebabkan membran mukosa pada sekitar hidung anda untuk membengkak. Dalam sesetengah kes, ianya turut boleh berdarah. Pembengkakan ini, khususnya jika dicampur dengan penghasilan cecair mukus yang banyak, akan menyebabkan hidung anda tersumbat.

Adakah Anda Betul-Betul Hamil?
Sekiranya anda sudah menyedari kewujudan beberapa tanda tanda mengandung di atas, semestinya persoalan bahawa adakah anda sedang berbadan dua atau tidak, akan bermain di ruang fikiran anda.

Dari situ, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah untuk menjalankan ujian kehamilan. Hal ini kerana walaupun tanda tanda mengandung di atas mencadangkan bahawa anda mengandung, malangnya, tanda tanda hamil tersebut juga boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan keadaan kesihatan yang lain. Malahan, anda juga berkemungkinan untuk hamil tanpa mengalami kebanyakan daripada tanda tanda mengandung yang telah disenaraikan di atas.

Jika anda berjumpa dengan doktor, demi memastikan bahawa anda mengandung, doktor akan menilai 4 aspek penting iaitu sejarah simptom dan tanda-tanda yang anda alami, pemeriksaan fizikal, ujian sampel air kencing dan juga ujian ultrasound. 

Ujian sampel kencing untuk menentukan kehamilan adalah salah satu ujian yang digemari ramai kerana ianya mudah, tepat dan cepat. Untuk memahami bagaimana ujian ini berfungsi, ketika seseorang itu berbadan dua, terdapat peningkatan hormon Beta HCG. Hormon ini akan berada dalam darah si ibu dan seterusnya ditapis oleh buah pinggang bagi membentuk air kencing. Kit ujian kehamilan akan mengesan kewujudan hormon Beta HCG ini dalam air kencing anda dan ianya akan memberikan bacaan yang positif sekiranya kandungan hormon Beta HCG dalam sampel air kencing itu cukup untuk menggambarkan bahawa anda sedang hamil.

Namun yang demikian, kit ujian ini tetap boleh memberi bacaan yang salah namun pada keadaan yang sangat sangat jarang. Bacaan yang salah boleh bermaksud sama ada menunjukkan keputusan yang positif walaupun anda tidak mengandung, atau tidak menunjukkan bacaan yang positif walaupun anda sebenarnya sedang mengandung. Hal ini boleh berlaku mungkin kerana ujian air kencing tersebut dilakukan terlalu awal sehinggakan paras hormon Beta HCG tidak meningkat dalam kuantiti yang cukup untuk menggambarkan kehamilan. 

Justeru, doktor akan menyempurnakan dapatan daripada sejarah keadaan anda dan juga pemeriksaan fizikal, dengan mengambil langkah kepastian iaitu dengan melakukan ujian ultrasound. Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan melihat kewujudan satu garisan menegak berwarna perang kehitaman yang merentasi bahagian abdomen ini. Garisan yang disebut sebagai linea nigra ini mencadangkan bahawa kemungkinan besar anda sedang hamil. 

Selain itu, penemuan lain dalam pemeriksaan fizikal yang turut mencadangkan bahawa anda sedang hamil adalah kewujudan garisan-garisan pada kulit di bahagian kiri dan kanan abdomen anda. Garisan-garisan yang berwarna ungu ini disebut sebagai purple striae. 

Ujian pengimejan ultrasound mampu untuk memberikan gambaran terus tentang kandungan yang berada dalam rahim anda sekali gus dapat menentukan sekiranya ada atau tidak pembentukan janin atau kantung kehamilan dalam rahim anda. Selain itu, ujian ini dapat menilai secara visual sama ada kandungan anda berada dalam rahim atau berada di luar rahim (kehamilan ektopik). Ianya juga mampu untuk memberi gambaran kewujudan cyst dalam rahim yang mungkin tidak disedari selama ini. Namun yang demikian, ujian ultrasound ini bergantung pada skil yang dimiliki oleh doktor atau juruteknik yang menggunakannya, dan juga kualiti mesin tersebut. 

Sekiranya anda menyedari kewujudan tanda tanda mengandung di atas serta ingin mendapatkan kepastian tentang status kehamilan anda, segeralah berjumpa dengan doktor anda bagi mendapat pemeriksaan dan pengurusan yang komprehensif bagi memastikan kesihatan anda dan juga kandungan anda. Kehamilan adalah satu fasa hidup yang cukup bermakna untuk anda dan juga pasangan anda. Justeru, laluinya dengan penuh ketabahan dan rasa kasih sayang

Sekian.. Semoga bermanfaat.

You May Also Like

12 comments

  1. kemain...tapi kadang takde tanda2 semua ni lepas tu mengandung

    BalasPadam
  2. Ya ampun .gembira bukan main bila isteri mengandung anak sulong kan.

    BalasPadam
  3. Saat dan memori paling indah bila disahkan mengandung terutama sekali masa first time. Macam nak ulang banyak kali je saat2 macam tu

    BalasPadam
  4. Mengandung merupakan saat yang berharga bagi seorang insan yang bergelar wanita.. dan untuk para suami..jagalah isteri yang mengandung itu sebaik mungkin..hehehe

    BalasPadam
  5. Fuuhhhh.... Panjang gi laaaa.. Lengkap! Terbaik laa

    BalasPadam
  6. Info superb..menjadi rujukan.Aamiin.

    BalasPadam
  7. dapat rasa perubahan masa mengandung..seksa juga..tapi tu pengalaman..hahaa

    BalasPadam
  8. Pengalaman mengandung memang satu yang indah, jadi suami kena hargai isteri dan isteri kena hargai moment tu.

    BalasPadam
  9. Nak tya.. mmg law hamil ni kan..tanda awal hamil mmg breast akn sakit ke....ke xsemua cmtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua macamtu. lain org lain tanda. ada yg mabuk dan alahan, ada yang tak. Bergantung kepada badan wanita tersebut. :)

      Padam