Dating berdua ngan wife .. Dia kata dia asyik nak buang air kecil jer .. Dulu sblm disahkan mengandung ,gitu gak ... Dan dah seminggu lewat ! Gulp ..
Jeng.. Jeng.. Jeng ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Dating berdua ngan wife .. Dia kata dia asyik nak buang air kecil jer .. Dulu sblm disahkan mengandung ,gitu gak ... Dan dah seminggu lewat ! Gulp ..
Jeng.. Jeng.. Jeng ..
Laptop yg penuh dengan .. sejarah tersendiri dan meneruskan tradisinya oleh Qhaliff ..
Tahniah !! Semoga daddy dapat laptop baru ..
Serius .. Meluat aku baca 3 artikal sukan bolasepak yang melibatkan FAM .. Perghhh .. Apa la nak jadi ngan sukan bolasepak negara kita ni ?
Kalau orang kata kita tak leh gi mana mana dengan bolasepak , tapi peliknya pasukan negara yang bawah 18 tahun dari dulu hingga sekarang cemerlang dalam dan luar negara . Tapi bila dah ‘besar’ , hancur lebur ! Lebur weh ! Kenapa ? Hanya FAM ada jawapannya ..
Kemudian , kes kes terkini yang melibatkan FAM dan keputusan yang diambil mereka , sangatlah menepukan dahi aku sendiri ! Tak masuk dek akal dan mengarut gila ! Macam budak sekolah takbir persatuan. Rasanya budak sekolah lagi bagus ..
Bila rakyat kembali memberi kepercayaan pada sukan bolasepak negara , inilah pulak ragamnya .. Haihh .. Macam macam laaa .. Kang tak sokong , kata tak bagi moral support laaa ..
Apakah aku juga akan disaman atau didenda FAM kerana kritikan terbuka? Dilarang memasuki stadium seumur hidup ?? Atau tak leh tengok mana mana pertandingan melibatkan pasukan negara ? Atau nak saman aku berpuluh ribu ? Ekekeke .. Lawak la . Bikin malu persatuan !
Oh ya, seumur hidup aku masuk stadium .. sekali jer .. Hehehe … Pastu selebihnya tgk tv dan baca paper .. Dan join gossip gossip liar di kedai nasi ayam kukus ..
Apa kata FAM tubuh pasukan sendiri , guna duit sendiri .. cari penaja ke .. Tak kisah la .. Asal bukan duit rakyat … Pastu .. Sukahati la nak buat apa pun … Duit anda , anda uruskan sendiri .. Dan namakan FAM ( M ) SDN BHD …
FAM … sebelum stadium kembali kosong , lebih baik bubar pentadbiran dan buat lantikan baru .. Terutama coach yang asik asik dok test power tapi pasukan negara lain dah jauh meninggalkan kita.. Tunggu nak bagus , jawabnya rambut aku sama color dengan coach tu laaa .. Tapi hensem apa.. Cam Richard Gere la pulak aku nanti..
Panas lagi badan dia .. siann.. Tak lena tidur dia.. Mak dia pun ..Aku ponnn ... Heee..
Bila dah sedar , terus nangis ... Heh.. Takde org kat sisi.. Aku dok workout berdekatan dgn dia .. Mummy bizi kat dapur ... Huhu..
Pasang UPIN IPIN .. diam terus jadi gitu haaaa... Skill budak demam .. Siann ..
Aku gi Low Yatt semalam untuk amik handphone aku .. Ada insiden yang nyaris membuatkan aku mati nafsu untuk guna handphone tu ! hurmm ..
Parking kereta di basement Low Yatt Plaza seawal pagi untuk elakkan terpusing pusing cari parking dan terus naik ke Ground Floor. Tapi sewaktu berjalan tu , aku terdengar sesuatu jatuh !
Aku harap harap bukan apa yang aku sangkakan ! Tolonglaahh jangan ‘menda’ tu.. Tapi naluri berkata , menda tu sbb bunyinya halus jer !
Aku bukak bungkusan yang berisi casing hp aku dan dalam tu ada acknowledgement letter yg perlu aku bawa untuk dapatkan kembali hp aku .. Di dalam tu juga ada sim kad broadband celcom aku ! Dah la sim tu dipotong kecik ! Pasti susah nk carik punya ..
Yup .. mmg sim tu jatuh ! Jatuh kat mana pun tak tau .. Orang semakin berduyun datang .. Takkan aku nak tahan sorang sorang untuk elakkan dari orang tu sepak atau pijak ! Arghhh ..
Dalam kepala aku dah set ..
Tapi aku tamooooo .. Aku nak gak sim tu ! Aku ulang mencarinya 3 kali sambil berdoa pada ALLAH agar dipertemukan jodoh dengannya ..
Alhamdulillah .. Hati aku berbunga kembali ! Bayangkan microcip yang di sim kad korang tu jatuh atas lantai berwarna putih ! Haaa.. Dah la Celcom pun belakang kad tu warna putih.
Legaaaaa sangat sangat sangatttt …
“ Bang , tolong gi kedai , beli kunyit .. Nak letak kat hidung Qhaliff .. “.Pinta wife dengan penuh kasih sayang .
“ Baiklah sayangku .. “ . Sejak minum air alkaline tu aku semua ‘OK’ jer.. sejuk je dalaman aku .. Konon.. hahaha ..
Dengan langkah kanan , aku berjalan kaki ke kedai yang terletak kira kira 500 meter dari rumah aku .. Dekat jer .. Pergi balik .. 1000 meter jer .. Ok la .. nak bakar lemak lemak kat pipi aku ni … hehe..
Sampai je di kedai runcit ..
“ Dik , kunyit ada tak ? “. Aku bertanya.
“ Nak serbuk kunyit ke atau kunyit hidup.. “. Tanya pekerja kedai tu.
“ Er.. Yang zombie punya ada ? “. Aku tipu korang je dengan soalan ni .. heheh.. Giler ke apa aku nak bergurau dengan orang gini haa.. Mau gak kena sembur racun serangga kat ibu jari kaki aku nanti ! hahaha..
“ Kunyit hidup .. “. Jawab aku. Pastu bro tu gi masuk la ke dalam untuk amik kunyit yang aku mintak tu ..
Bla bla bla …. Dia bawak la satu .. Memandangkan duit aku dok banyak lagi dan aku pun macam nak demam , aku beli air asam jawa 3 botol kecik .. hehe..
Pastu dengan girangnya , aku pulang ke rumah dengan harapan pasni elok la selsema Qhaliff tu .. InshaAllah ..
Sampai rumah , aku ketuk pintu … Wife sambut dengan penuh kegembiraan .. Seolah aku baru pulang dari kota membelikan Qhaliff kereta merah untuk ke rumah nenek ..
Aku serahkan plastik yang berisi air dan kunyit tu .. Suruh beli kunyit , aku tambah lagi dengan beli air .. hehehe .. Tak leh gi kedai aku .. Ada je nak tapau ..
“ Bang , mana kunyit ? “ . Tanya wife .
Nak wat lawak la pulak dia memalam ni ! Grrr.. Dah la penat nih …
“ Dalam plastik tu ler.. Takkan nak sorok lak .. “. Jawab aku .
Dia pun cari dan tunjuk pada aku bungkusan plastik yang aku bawak balik tadi .. Dan ternyata mmg takde ! Huh ..
Aku sarungkan sandal aku dan kembali ke kedai sambil mata melilau memandang kiri dan kanan .. Kot tercicir .. Hurmm .. Memang takda ! Haihh..
Sampai kedai .. Aku tanya kat bro kedai tu.. Kot dia terlupa letak .. Dia kata dia letak .. Aku rasa pun mmg dia letak . Tapi mana dia ??? Di mana itu kunyit ????
Aku pulang semula ke rumah . Untuk amik duit dan beli lagi .. Bengong jugak aku tak bawak duit kan ? Sedangkan dalam wallet aku tu , mmg ada duit tapi duit Qhaliff.. Aku tamo pakai duit dia .. hahaha .. Adoiii ..
Amik duit kat wife .. Seringgit je pon.. Pastu gi balik kedai untk kali ke 3 !! Sampai kedai , bro tu pun sedekah je kunyit kat aku. Aku kata kat dia tak yah letak dalam plastik.. Aku nak pegang jev.. Kang cicir lagi ! Hehehe ..
Gumbira rasa hati weh !! Aku siap amik gambar tanda bukti aku bawak balik kunyit ! Untuk anak ku ituuu ..
Dan sampai rumah .. Wife melemparkan senyuman dan wajahya penuh bersemangat tunggu kunyit itu .. Aku berikan pada dia .. Tiba-tiba dia ketawa dengan kuatnya !! Kuat sekali !! Qhaliff menangis sbb terkejut ! Aku turut ketawa !!
Aku abiskan malam aku semata mata beli HALIA !!!
Aku tak larat dah nak gi kedai .. Esok je la beli ..
Psst.. aku , aku .. aku terpikat dengan Butterfly ! Tapi .. er .. HTC baru lancarkan model terbarunya iaitu HTC ONE yang lagi powerrrrr… Alahaiii ..
Kalau nak kejar , mmg tak terkejar .. tapi masalahnya aku ni perlu ‘kejar’ sbb dah mmg kerja aku .. hahaha.. Alasan baik punya ! Tapi serius , spec dia mmg mengagumkan ! Tunggu duit terpijak la .. Nak tau , baca kat web HTC sendiri .. Psttt.. aku mmg HTC Forever walaupun SAMSUNG menarik dan hampir memikat aku dulu .. hehe..
Bila nak sampai , tak tau laa.. Ok , tutup bab handphone baru tu ..
Ok .. Dah dpt HTC ONE X aku yang rosak ari tu ( masalah board kot .. setelah 10 bulan gitu ) dan aku digantikan dengan yang baru keluar kotak punyaaa .. hehehe .. LIKEEE !
Dan kembali aktif bergambar anak beranak .. hahaha ..
Tadaaaa .. Lega giler tengok kualiti gambar ! Hahahaha .. Adehh.. Tapi bersyukur sbb ada hp yg ‘biasa’ namun telah membantu aku dalam dua minggu ni !
Heeeee…
Gambar pertama dari hp lama yg baru.. Lega sungguh woo.. Rasa semacam jer tak update melalui hp.. Tak puehhh gituu..
Oh ya.. Buat yg tak tau .. CARREFOUR Alamanda kini namanya AEON BIG .. Here.. Shopping barang dapur sat..
Dan Qhaliff, lom sihat sepenuhnya .. Hurmm..Ada gak skit perubahan ..
Semalam , aku dapat sms dari HTC Centre ( SiS) bagitau phone aku yang rosak tu leh diambik dah .. Kira dah siap la.. Hari aku berdoa laaaa agar diorang tak format atau kalai format sekalipun diorang tranfer semua gambar serta video sejak Qhaliff kecil hingga besar tu haa.. Huhuh ..
Dan tadi , sebelum centre bukak aku dah sampai ! Hahahah.. Takde la gitu haa.. Kira dalam kul 10 lebih gak la aku sampai di Berjaya Plaza tu ..
Serahkan kertas putih tu kat ? ( acknowlegment letter ) tu kat staff bertugas ( ramah sekali ! ) , dan dia terus cari .. Tak sampai 1 minit , dia serah hp kat aku. Katanya , aku dapat hp baru ! Huhuhu.. Ok gak tuuu sbb hp lama , body dah calar .. hehehe ..
Tapiii …. semua gambar gambar takde dalam tu sbb diorang tak tranfer ! Salah sendiri la sbb tak buat backup ! Ikutkan mmg ada backup tapi dalam external hardisk aku yang ghaib tu .. Hurmmm .. Nak buat balik , tranfer makan berjam jam jam jam lamanya ..
Sedih .. sangat sedih.. Nasib baik separuh dari kenangan tu , aku dah upload dalam FB dan juga blog .. Redha je la …
Dalam sedih sedih tu , aku jatuh cinta .. Jatuh cinta dengan HTC BUTTERFLY !! Best giler wooo.. Skrin besar lagi wooo.. Lagi laju woooo .. Duit pon laju wooooo !
“ Qhaliff demam .. Nak gi kerja ke ? “.
Satu soalan biasa tapi amat sukar buat mereka yang punya tanggungjawab berat di pejabat untuk dijawab !
Wife diam seribu bahasa ..
Aku tahu. Dia seorang yang komited pada kerjanya apatah lagi dengan kerja kerja yang semakin bertambah-tambah yang memerlukan tindakan yang segera !
Aku tak paksa dia tapi Qhaliff yang melekap dengannya sepanjang malam tadi hingga dua dua tak cukup tidur .. Aku , sama gak tapi tak seteruk diorang berdua .. Jadi , mmg sukar untuk buat keputusan. Kang tinggalkan dia , kat opis asyik bertanya keadaan Qhaliff tu ..
Aku bagitau satu jer .. Boss dia yang berlambak kerja pun akan amik cuti bila anak sakit . Dua dua makan gaji dengan kerajaan Malaysia .. So ?
Kerja boleh cari . Anak ?
Tu diaaaa .. Dah ikut style bapak dia masa kecik kecik dulu.. Kalau tengok tv , serupa macam nak masuk dalam tu terus ! Hehehehhe.. Bocor rahsia ..
Tapi tak leh nak salahkan aku gak sbb zaman tu tv , kecik je.. pastu siaran , jap lautan tenang.. jap gelora … Camana tak duk dekat , kan ? Alasan baik punya ..
Dan Qhaliff.. hurmmm .. Dia bukan tengok sangat pon.. Sat je tu kat situ pastu dah kat atas laci tu haaaa .. Apa yang best sangat atas tu pon aku tak tau haaa ..
Tapi kalau tak tengok betul betul , dia akan ke arah wayar wayar tu walaupun dah dilindungi.. Apalah yang budak budak nampak kat situ .. hurmmm .. Aku tak sorok pun harta aku kat situ haa.. OOpsss.. Macam ada harta .. heeee ..
Barang no 2 dah rosak hasil penangan tamparan dia ! Dan tak pasal pasal rumah ini sunyi sepi , sekali lagi !
Apakah yang dia lakukan ? Er… tu tak leh cakap .. Nanti tak leh claim.. hahaha …
Arghhhhh .. Geram ! Tapi tak la aku salahkan dia ( sambil menjeling manja kat wife)..
Tak kisah la Qhaliff oiiii .. Janji sihat dah .. Bila dah baligh nanti , wat perangai gini gak .. Daddy tak teragak agak lambung Qhaliff !! Huuhh .. Bukti bertulis berbunyi ugutan ni !! Bahayaaa !!
Mana ada ayah sanggup lambung anak ! Ada kot .. mana tau The Rock ? John Cena ? Hehehe.. Guwau jer.. Jadilah ayah yang terbaik agar anak menjadi yang terbilang .. Eceh ..
Dari Mstar Online ..
NINA Suraya Sulaiman, 24, (tengah) sebak, cuba ditenteramkan oleh ahli keluarganya ketika bercerita kepada media selepas pembantu rumahnya dari Acheh, Yulaina, 23, dijatuhi hukuman 20 tahun penjara oleh Mahkamah Seksyen Kuantan, Pahang pada Selasa selepas didapati bersalah melambung dan menghempas anak Nina Suraya iaitu Mohamed Hareez Mohd Zamri yang berusia empat bulan di Kuantan, Pahang, pada Jumaat lalu. Nina amat bersyukur selepas pendera anaknya dijatuhi hukuman setimpal. –fotoBERNAMA
Hurmm .. Selepas tengok video amah lambung bayi tu , rasanya 20 tahun tu macam ‘mudah’ sangat .. Tapi sapa la kita nak pertikaikan kan ? Hurmm.. Aku tau , ramai yang geram hingga rasa macam nak lambung dan smackdown je amah tu .. tapi faham faham je laa ..
Harapnya kejadian memberi sejuta pengajaran buat semua amah amah mahupun ibu bapa di Malaysia .. Apakah pengajarannya ? Sila tengok video tu .. hehehe ..
Video tu ? Hehehe.. aku tak sampai hati nak letak dalam blog aku .. Aku tengok pon rasa rasa nak bagi ‘tombstone’ je kat dia !
Ah , sudahhhh .. Demam tak pasal pasal ! Tak tau mana punca , tetiba demam .. hurmm.. Tapi pagi tadi terasa panas dah .. hurmmm ..
Sms wife .. Standby untuk ke klinik biasa dia gi.. klinik Maria .. Risau pulak aku .. Hurmmm .. Wife lak tetiba ada meeting .. Hurmm .. Perlukah aku gi sorang ? Nanti .. er .. nanti .. heheeee..
Aku check suhu dia tadi selepas pegang badan dia semakin panas sangat .. 37.7 .. semakin naik pulak .. Hurmm .. Aku siap , untuk pulang ke Putrajaya ..
Letak dalam buaian ,asyik membebel sorang diri .. Dukung pon gitu gak .. Haih.. Camana nanti dalam kereta ? Pening jap kepala aku .. Hurmm ..
Tetiba terasa nak bagi air alkaline yang ada kat rumah mak aku ni yang mana aku bagi tempoh hari .. Aku bukak dan kasi Qhaliff minum ..
Berteguk-teguk dia minum .. Berselera sungguh . Mungkin dia rasa manis sbb bagi badan yang tak tercemar air tu akan rasa manis .. Kalau tercemar dengan asid , rasa payau .. Wallahualam ..
Aku check .. turun dah suhu dia .. 35.5 .. Lega terus kepala otak aku .. Tapi tetap gi klinik gak jap lagi .. Kena check gak .. Hurmm.. Duit , leh je carik… Cuma jenuh skit je la nak carik … heee.. Anak ? Haaaa.. Jangan berkira wehh !
Dan tiada lagi segmen ? Terus terang , aku rindu nak bersegmen dengan tajuk tajuk yang malatopsss ! Confirm beratus join .. HeHehe.. penat nak update ..
Jadi kenapa aku tak nak dah bersegmen ? Hurmm .. Dalam dunia blog ni , kita perlu terus bergerak .. Jangan dok ditakuk tu jer .. Kena cari apakah aura blog kita.. Apakah yang sesuai dengan gaya kita ..
Kita perlu tahu yang baca blog kita ni macam macam manusia ada .. Macam macam perangai ada .. Kita kena pantas tangkap pembaca dan jadikan mereka setia dengan blog kita ..
Tak perlu berpura pura kerana semua tu akan menghancurkan blog kita sendiri .. Biarlah asli dan telus… Itu lebih menarik dan diminati . Tapi janganlah blog kita dipenuhi dengan dok cari salah orang jer ..Dok sinis mengata jer tapi diri sendiri ?? Sempurnakah ?
Bila jumpa genre yang sesuai dengan blog atau penulisan mahupun ,kekalkan dan senantiasa pertingkatkan dengan memasukkan unsur unsur infomasi di samping menghiburkan rakan pembaca ..
Macam aku .. buat masa sekarang aku amat selesa dengan apa yang aku buat .. Nak bersegmen , ada pulak tak puashati kan ? Kesian dia dapat dosa buta buta jer .. heee. …