Aariz.. entah kenapa , menjaga dia lagi mencabar dari abang dan kakak dia ! Hahahahaa.. Kalau dia sedar dari tidur , aku berpeluh dahi ! Dia akan turun sendiri dari buaiannya dan kemudian akan merangkak keluar bilik ! Dia cari mak dia ! Nasib baik aku 'dah bersedia'. Atau , dia terus menangis. Kalau menangis , memang fuhhhhhh... non stop action aku ! Terus cari susu.. panaskan dan kasi dia. Terus senyap.. dan sambung tidur ! Atau.. tak tidur.
Bila dia tak tidur , aku akan tengok jap. What ??????? Baru jam 9 pagi ! Ada berjam jam lamanya untuk mak dia balik. Mak dia balik , senang kerja wooo. Terus baring bersama sama.. dan menyusu. Ketika ini aku rasa kalau aku punya susu , pastinya mudah juga.. ahahahaha !
Tapi bila aku dukung , dia diam. Senyum. Bila dia senyum , aku rasa dia lagi kacak dari aku ! Terus aku letak dalam buaian.. Dia mula menangis. Aku kembali kacak dari dia ! Hahahahaa... Yeeessss ! Kasi susu botol , dia diam dan tidur. Fuh.. dia tidur , dia kacak kembali dari aku. Dan aku cuba tidur juga.. Yes , aku kembali kacak dari dia !
Sekarang dah sibuk nak berjalan dah. Lagi cepat dari abang dan kakak dia. Ketinggian dia pun, dijangka melebihi mereka juga. Isnin ni , check up dia. 10 bulan dah dia.. Tapi aku ada kerja luar pulak ! Kena tunda la.. Huhuh..
Kesilapan aku kan.. di kala dia tidur , aku dok update blog.. bila dia jaga , aku sibuk nak tidur ! Macamana la tak stress ! Hahahaha.. Tapi kalau dia jaga , best gak sebenarnya.. leh main ngan dia.. di kala Zahra tidur ! Zahra ikut waktu Germany ! Huhhh.. Tidur siang sampai ke petang..
Sila ke Cosmoderm untuk lebih lanjut.