Keputusan 5 - 3 .. Malaysia tewas di Singapura .
Tewas bermaruah .. tak per .. Yang penting tulen .. Kesemua atas padang tu adalah sememangnya anak jati Malaysia .. Tu yang kita mahukan ..
Sememangnya kita mahukan kemenangan .. Bukannya tak leh terima kekalahan .. Boleh jer .. tapi kalau nak kalah pon ,biarlah bertemu dengan pasukan sememangnya pasukan anak jati mereka sendiri ..
Pasni akan ada suara suara meminta FAM amik 'anak angkat' untuk memperkuatkan pasukan negara kita .. Heloo.. ini pasukan NEGARA yang terdiri dari warganegara yang sememangnya lahir di tanah tumpah mereka sendiri ! Yang bermain kerana JALUR GEMILANG yang mereka hormati sejak dari sekolah lagi ..
Apa guna menang jika yang menjaringkan gol tu bukan orang tempatan ? Bukan menidakkan pemain import.. Pemain import tu , dalam kelab cantik dah .. kasi best lagi perlawanan tu.. Tapi kalau sampai , rakyat sendiri tak boleh wakil negara sendiri atau tengok dari bangku simpanan , wat pe kan ? Jadi tukang sorak jer ? Yang jadi hero , 'anak angkat' sedangkan 'anak angkat' tu kat negara dia , takde makna apa pon ..
Bagi aku , dari amik 'anak angkat' baik panggil buat akademi yang sebenar-benar akedemi bola sepak .. Makan bola tidur bola , apa saja semua bola dan buat pertukaran dengan negara luar seperti Brazil tu .. Pertukaran pemain .. jurulatih atau apa apa saja la.. asalkan kita boleh berbangga MADE IN MALAYSIA !!
SYABAS PASUKAN MALAYSIA !