Tadi kamera dslr Sony Alpha 5000 aku jatuh. Dan baru jap tadi , Sony Xperia Z2 aku jatuh !!!
Apakah ini tanda ?? Tandanya aku kena beli Alpha 5100 dan Z3 ???
Lama tak gi jumpa sahabat aka tokey Lava Grill , Razman Mamu ni .. Entah tetiba semalam , aku ajak wife gi restorannya yang terletak di Seri Kembangan . Teringin nak makan burger bakar kambing pon satu hal gak.. hehehehe ..
Sedap ! Ni bukan kali pertama gak la aku ke sana.. Dah banyak kali. Antara tujuan lain aku ke sana pon sebab nak bagi key chain yang aku beli di AirBus ari tu .. Aku bagi yang paling special sebab dia punya komen membuatkan aku betul betul nekad pergi ke Perancis baru baru ni .. Dan aku ada satu sebab lagi.. Huhu… Cita cita dia tak jadi kenyataan jadi sekurangnya , sedikit cenderamata dari aku tu , mampu mengubat sedikit perasaan terkilannya tu..
Berbalik pada burger bakar Mamu ni .. Bagi aku rasanya seperti dulu.. maintain sedap ! Servis pon semakin laju sebab sekarang dia gunakan pekerja asing . Dulu guna pekerja tempatan tapi banyak ‘ songeh’ .. Ternyata banyak perubahan.. Alhamdulillah ..
Selain burger bakar di malam hari , siang harinya ada jual nasi bajet ! Menurutnya , nasi yang dijual berharga RM3.50 tu adalah lebih pada nak bantu pelajar UPM yang mana tak mampu atau bajet perbelanjaan.. Nasi campur pon ada dijual belah tengahari ni..
Apa pun mamu , selamat hari lahir .. semoga bisnis terus maju.. Dan dimurahkan lagi rezeki ..
Tiba tiba aku ternampak satu garisan merah di pipi Zahra .. Aku pandang Qhaliff .. Dia nun jauh di tempat dia bermain ! Sambil makan roti telur
Hurmmm.. takkan dia kot ? Mesti dia lagi ni ! Dia dah cakar muka dia banyak kali dah .. Memang feveret dia kah ? Apakah dia rasa dengan rambut dia tu melayakkannya digelar wolverine ? Mana boleh ! Tu daddy punya gelaran tuuuu…
Hurmm.. ilang comel 2% ! Esok dah la nak gi family day kat melaka.. Blogger punya family day tuuuu .. hehehehe.. Kali pertama punya hari keluarga #kelabbloggerbenashaari… Harap harap berjalan dengan lancar.. heee…
Esok pakai bedak banyak banyak kat pipi tu.. Tapi petua orang , sapu je susu ibu kat pipi tu.. cepat je sembuh calar tu..
Kalau bawak gi mall , mesti cari barang dia nak pegang .. makan … kasi tenang dulu , baru leh cari barang kita ..
Tapi bila dah kenyang dan tenang .. dia nak pulak panjat keluar dari troli ! Adehhh … Jenuh nak mengejar dia kalau turunkan.. Kalau tak turunkan ? Perghhh.. dia punnya buat karenah dalam tu.. kecik besar kecik besar jerrrrr kita tengok dia ..
Jangan bagi muka ? Babap je kaki tu eh ? Hurmmm.. ada gak.. pastu pujuk balik.. sian tengok muka dia nangis.. macam kehilangan mak ayah je rupa tangisan tu.. huhu ..
Akhirnya , KELAB BLOGGER BEN ASHAARI tertubuh dengan rasminya baru baru ini. Cuma takde la nak buat pelancaran bagai. Tapi , mana tau nanti kan ? Cuma tinggal satu lagi langkah saja untuk menjadikannya lebih realiti ! InshaAllah.. tu tugas aku tu.. Tugas yang aku cukuppppp malas dari dulu hingga sekarang ! Malas giler babas punyaaa ..
Kenapa dan mengapa aku nak tubuh kelab ni ? Apa kelebihannya ? Apakah blogger yg bernaung di bawah kelab ini akan dapat job ? Populariti ? Glamer ? Atau aku yang mendapat nama ???
Tak dinafikan , ramai berfikiran begitu. Berfikiran yang BEN ASHAARI laa yang akan popular ! Tapi kan , orang yg nak kata tu kan.. tak pikir ke yang BEN ASHAARI ni lama dah popular ? Maaf cakap laa.. aku bukan nak riak atau sombong mahupun berlagak.. Tapi dah banyak kali keluar majalah , surat khabar dan juga tv.. Malah turut dijadikan contoh di kelas kelas pengajaran blog !
Ikut hati aku , aku malas nak kembangkan kelab ni tetapi setelah ramai tanya aku macamana nak join kelab ni serta beraktiviti dengannya , maka atas inisiatif dan usaha rakan rakan yang berpengalaman , mereka jadikan impian ini satu realiti ! Aha.. macam AF lak.. hahaha ..
Aku tak kisah la apa orang nak kata pasal kelab ni .. Nak cakap buruk ke .. nak kutuk ke.. nak keji ke. nak puji ke.. Yang penting , aku tahu apa yang aku buat.. Dan syukur kepada Allah , beberapa blogger di dalamnya dah merasai perubahan dan berjaya memantapkan lagi semangat untuk terus berblog kerana sokongan dari rakan rakan seperjuangan yang bernaung di dalam kelab ni..
Kelab ni bukan kelab bermotifkan keuntungan ! Kelab ini tak amik yuran pendaftaran .. Kelab ni tak amik komisien atas setiap job yang diberi pada rakan blogger ! Kelab ni takde kontrak ! Kelab ni takde protege ! Kelab ni takde sifu ! Kelab ni takde otai ! Kelab ni takde retis ! Semua sama level dalam ni ! Kami saling bertukar ilmu , bersantai , bergurau senda dan memperbaiki segala kesilapan untuk menjadi lebih baik !
Kalau ada yang kata mereka yang buat kelab ni akan mengutamakan kroni , meh aku nak tanyaaa .. Kalau anda ada satu bisnis dan dapati ada rakan rakan anda yang layak mempromosikan bisnis tu , apakah anda akan beri pada dia atau nak cari orang di luar sana tu , yang mana anda pon tak tau disiplinya , ketulusan hatinya serta amanahnya bila melakukan kerja tersebut ? Memang ada .. ramai ! Tapi paling mudah dan cepat , cari rakan yang ada di depan mata yang kita sendiri dah nampak kelebihan dan kesungguhannya bila buat kerja .. kan ?
Dalam kelab ni dah ada lebih 50 blogger yang join group whatsapp dan Telegram .. Bukan semua nak kejar populariti , job dan sebagainya. Mereka hanyalah inginkan persahabatan. Seronok bila ke mana mana tempat , ada rakan blogger yang dikenali di situ dan berjumpa ..lepak minum gitu haaa ..
Akhir kata laa.. Kalau kita malas nak berkomuniti , kita tanya balik diri kita.. Kita malas ke atau sebenarnya , kita yang tak dipelawa ? Tunggu carpet merah depan rumah ? Jangan berlagak retis .. Tak perlu ego dan jangan jadi keyboard warrior .. Apa yang anda dah buat untuk menyatukan blogger ? Blogger perlu bersatu ke ? Tak pernah dengar pepatah , bersatu teguh bercerai roboh ? Takkan tak tau , solat berjemaah tu lebih baik dari sendirian ? Takkan nak beli pulau sebijik dan duduk sorang sorang ? Kalau tak nak berkomuniti , tutup je internet tu.. Layan game sorang sorang ! Bila dah on internet , gi Facebook dan post status .. Bukankah dalam tu ada ramai kawan kawan .. Tu bukan komuniti ?
Kadang kadang , ego membuatkan kita nampak lebih kurang bijak dari mereka yang tak bijak .. Banyakkan istighfar ..
Tergaru kejap kepala aku .. Nak tegur ke tak ? Hurm.. kang tegur , lain pulak pemikiran dia.. Kang ingat aku kolot . Susah zaman ni .. Asal tegur , kita kena balik.. Maklumlah , zaman UPSR semua A …
Camana nak buat ? Guna Facebook jer ? Ke nak up di blog ? Aku pernah up di blog tapi nampaknya , berlaku ‘perang dingin’ sehinggala aku bertemu empat mata dan berterus terang .. Kan dik kan ? Alhamdulillah , jernih semula.. Tu mmg salah aku la ..
Tapi letih jugak tiap kali tukar penyewa baru , isu sama timbul ! Takkan tak tau seluar dalam perempuan ni sensitif ??? Ingat lagi wife aku sewaktu berkawan dulu.. Kalau keluar gi mall , lalu tempat pakaian dalam wanita , dia suruh pandang tempat lain.. Malu katanya.. Hurmm..
Ok.. aku try search di Yahoo pasal isu sidai seluar dalam ni .. Hurmm ..
Amboiii.. ramai rupanyaaa blogger dah up isu ni .. Aku pun dah up dulu tapi dah turunkan semula sebab ‘kantoi’ blog aku dibaca mereka .. hehehee .. Sori dik yer ..
Ok.. Ini adalah nasihat umum yer ! Bukan aku tuju pada mana mana pihak ! Sila mak ayah yang baca blog aku ni , pesan pada anak anak dara mereka untuk sidai pakaian dalam mereka di tempat yang terjaga rapi.. Bukan apa , orang perempuan ni mudah disihir.. Tak caya ?
Aku up satu status bertanyakan pendapat di Facebook.. Dan ini antara pendapat mereka :
Hurm… sila amik perhatian yer mak mak dan adik adik .. termasuk wifee aku dan Zahra ! Sidai kat luar tu , daddy pakaikan kepala ! Haa.. Alang alang nak tunjuk , pakaikan aja di kepala !
Tiap kali nak tidur malam , confirm bergaduh ! Yang Qhaliff tak kasi mak dia susukan Zahra .. Susukan dia jer ! Nak tak nak , aku kena tidurkan Zahra dalam buaian .. Kalau tak ? Pakat bergaduh dan menangis sampai ke subuh ! Adehh.. memang letih laaaaa ..
Tapi !! Tapi !! Tapi … semua ini berlaku bila wife ada kat rumah jer .. Kalau takde ? Semua berjalan seperti sediakala. Takde la nak dengar suara Qhaliff menangis dan Zahra pon tidur dengan tenang jer.. huhu..
Baru 2 anak.. kalau 10 ???
Dengan menggunakan telefon pintar yang menggunakan sistem android , sila download app EDISI BLOG ini .. Daftar dan ..
Pasti akan korang kagum punya ! Haaaa… Pilih je kategori mana korang nak .. dan bacalah mana mana blog kegemaran korang .. Siap boleh bookmark lagi ..
Bagi blogger , sila ping entri terbaru korang di sini.. Dan jangan lupa , promote pada pembaca korang yang setia tu supaya mudah nak baca entri terbaru korang di sini.. tak payah nak bukak Facebook dan cari … kan kan ?
Bagi aku , aplikasi ni sangat menarik , ringan dan tidak menghauskan bateri telefon pon .. Setakat ni , lebih 200 blogger dan bukan blogger dan memuat turun ke telefon pintar mereka.. Korang dah ?