Ahaa.. Aku ingat cerita aku tu dah tamat tapi rupanya tergantung ! Seingat aku , aku terberenti sebab mata tak boleh nak bukak dah semalam. Aku terus tekan noktah dan publish ! Apa yang berlaku selepas tu aku tak sedar.. Aku kembali terjaga dari tidur selepas Qhaliff tunjukkan Sony Xperia Z2 aku yang dah tercabut cover !
“ Daddy.. oshakkk… ( rosak ) “.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh !! Terus terbeliak mata aku ! Mana tak rosaknya.. dia yang cabut ! Adehh.. Qhaliff ni kalau tau kat mana dia boleh kerjakan sesuatu barang tu, dia akan kerjakan hingga dia puashati ! Setakat ni , banyak dah dia berjaya kerjakan.. Antaranya cover tab , earphone samsung aku .. dah hilang getah dia ! Dan beberapa barang lagi yang aku tak nak ingat kenangan terindah bersamanya.
Oh ya.. pasal kereta aku tu.. Erh , cerita awalnya di entri Bila nyaris kehilangan kereta ! ni. Hurmm.. Sambung eh ? Aku kembali ke kereta dengan harapan takda apa yang berlaku pada kereta aku tu.. Tak larat nak keluar duit dah untuk perbaiki.. Hurmm..
Sesampainya di situ bersama Qhaliff.. wife ada kat Kenny Rogers. Menapau makanan untuk Qhalff.. Hurmm.. Ok , sambung.. sampai je situ , aku terus check pintu belakang.. Boleh dibukak ! Hurmmm..
Nampaknya , kereta tak dikunci . Aku check kat pintu driver.. kunci masih berada di tempat asalnya ! Tak berganjak pun.. Haihh.. Ini bermakna , aku tak amik kunci dan kunci kereta pon ! Hurmmm.. Ni juga bermakna kecuaian kali kedua .. Kali pertama , aku hilang terus beg sandang yang berisi laptop dan kamera aku .. Huhuh..
Nasib baik tak hilang apa apa kali ni.. Masih ada rezeki kami .. Alhamdulillah.. Salah sapa ? Sapa sapa tak penting .. lain kali dua dua kena beringat !