Bila nyaris kehilangan kereta !

by - Isnin, Oktober 27, 2014

 

Gi Alamanda malam ni… Nak cari sedikit barang untuk Qhaliff.. Makanan di kala dia boring.. hehehe.. Sian dia.. asyik bukak peti ais .. Sampaikan belacan pon di sangka coklat ! Huhuh.. Sah anak aku .. Aku pernah gak bedal belacan gara gara kebuluran walaupun makan banyak dah !

Sampai tempat letak kereta , aku turun dulu. Gi amik stroller untuk Zahra. Kemudian pakaikan Qhaliff kasut. Pastu aku nak tolak Zahra , wife suruh amik beg sandang.. Aku pun gi la amik dan pakai terus beg tu..

Pastu masing masing bergerak masuk ke dalam mall. Dalam tu , sibuk la memasing pilih barang keperluan.. Amik apa saja !! Huhuhuh… Yang pasti bukan Alamanda yang bayar !

Settle beli barang , tapau makanan Qhaliff. Aku disuruh kembali ke kereta bersama barangan yang dibeli. Aku check seluar aku.. cari kunci ! Takde !!

Aku syak aku tak kunci kereta.. Terus aku kembali ke kereta dengan harapan kereta selamat ! Huhuhu.. Dan sampai je ke kereta , aku try bukak pintu.. Ternyata tak berkunci..  Dah la banyak barang beharga seperti spek itam aku.. er , spek itam aku dan spek itam aku.. huhuhuhu…

Polis berjanji jalankan siasatan.. hummm.

Hurmmmmmm….

You May Also Like

7 comments

  1. dah ada anak dua mmg macam tu (saya pun anak dua..kalau lagi ramai tak tahulah mcmn kan?)

    yang paling penting, kereta masih ada..saya dulu lagi teruk..anak dlm kereta, pastu saya lock manual..tak pasal2 anak terkunci dalam kereta..hambik gelabah biawak!! LOL

    BalasPadam
  2. uish, suspen.. ada org lain bukak kete ke?

    BalasPadam
  3. nasib selamat semuanya..cek sebelum nak gerak

    BalasPadam
  4. jap2///mcm mn boleh kereta terbuka..kunci tercicir or mmg tak tutup keta

    BalasPadam