" RM0 U've used 70% of ur 1.00GB Internet.Subscribe 2 an Internet plan/buy xtra Internet 2 continue surfing.OR surf at only 50sen/20MB when u reach 100% ".
Tiap kali masuk mesej gini , aku mampu pandang je la ! Apakah aku perlu on off data sedangkan aku ini memerlukan internet 24 jam disebabkan rezeki aku masuk dari situ ??
Maksud rezeki aku masuk dari sini ialah , email serta whatsapp job yang akan masuk tanpa kira masa ! Bagi aku , menjawab pertanyaan atau memberikan respon dengan menunjukkan betapa kita serius dalam bekerja ! Sebab tu aku perlukan intenet 24 jam !
Dah banyak kali bising di Facebook mengenai isu ini ! Harapkan ada la jugak pihak sampaikan keluhan pengguna Celcom seperti aku ini kepada majikan mereka.. Aku percaya , ada pegawai atau staff Celcom dalam senarai rakan rakan aku ni atau mereka akan tagged kawan kawan mereka yang bekerja dengan syarikat tu..
Ada kawan pernah bagitau aku.. Dia pernah maklumkan pada orang atasannya mengenai isu ini tetapi jawapan yang dia dapat dari orang atasannya , mengecewakan ! Betapa riak dan angkuhnya jawapan ! Semoga Allah berikan petunjuk pada mereka !
Aku tak mintak mereka beri percuma tetapi sekurangnya , bertindak dengan lebih adil dan bijak ! Tidaklah ada pengguna mengeluh . Sebelum ni Celcom buat tetapi selepas upgrade sistem , mereka dah jadi seperti ‘pontianak’ ! Sedut duit pengguna tanpa belas ikhsan ! Walaupun kononnya mereka beri ‘amaran’ terlebih dahulu tetapi sebenarnya mereka tahu , pengguna tidak ada pilihan !
Apakah dengan memberi amaran melalui sms itu dah mencukupi ? Ok , aku dapat amaran lalu aku terus topup tetapi respon yang aku terima adalah mengecewakan ! Dalam proses, katanya ! Selepas abis kuota.. kemudian tolak RM3 seterusnya RM10 baru topup lulus !! Huhhhhhhhhh !!! Apa ni ????
Apakah aku seorang je begini ? Tidak ! Ramai laaagi !! Bila aku up status menyatakan kebencian aku pada Celcom , ramai turut meluahkan rasa tidak puashati mereka !!
Apakah Telco lain tidak begini ???? Hasil dari beberapa kali up status , ramai dah jadi mangsa pada Telco lain ! Apakah jalan penyelesaian yang aku ada ?? Unifi ? Sila rujuk entri sebelum ini !
Bosan tapi aku tiada pilihan .. begitu jugak dengan rakan rakan yang lain ! Bosan tapi tiada pilihan !!!!!! Sebab ? Kita tidak sepakat ..