Perut kenyang ! Terasa senak dan penuh. Nak sendawa tapi terasa tersekat. Pedih rasa ulu hati ! Terus aku bancuh air sejuk secawan ditambah dengan Cuka Epal Surya yang aku dah amalkan dari sebelum Ramadan lagi. Terus tarik nafas lega. Nyesal makan banyak banyak. Nasib baik ada Cuka Epal Surya!
Apa itu Cuka epal ? Cuka epal diperbuat daripada buah epal segar yang mana ianya mengandungi vitamin , pectin , potassum , sodium , magnesium , kalsium , fosforus dan zat besi. Juga mengandungi sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang berkeupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dimana boleh melemahkan sistem imunisasi. Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah , melambatkan pengosongan gastrik dan merendahkan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik , cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.
Sementara itu pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri ciri pembersih , ianya juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral !
Selain melegakan perut aku selepas berbuka , aku juga amik ketika sahur untuk pastikan aku punya tenaga tambahan untuk menjaga Aariz yang semakin lasak dan Zahra yang banyak sungguh permintaannya.. selepas dia bangun dari tidur ! Hahahah..
Cara guna ? Tak susah pun.. Campurkan 30ml Cuka Epal Surya dengan 180ml air dan minum selepas makan.
Kenapa pilih Surya Cuka Epal ? Pastinya disahkan HALAL dan tiada bahan pengawet tambahan mahupun perisa tiruan ! Dan yang penting , semua orang mampu beli dan simpan di rumah ! Pastikan jadikan minuman harian terutama nanti pada Hari Raya dan juga dalam masakan seperti yang disyorkan oleh Chef Wan , yakni gantikan asam jawa dan guna cuka epal Surya ketika masak ayam masak merah atau acar.
Mereka yang ada batuk juga digalakkan minum cuka epal Surya ni. Terbukti ada rakan blogger yang amalkan, berkesan pada mereka !
Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada pembekal yang dipercayai dimana epal epal didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan. Dengan penghasilan sendiri cuka epal , Surya memastikan produknya selamat , murah , berkesan untuk semua rakyat Malaysia dan paling penting , kesihatan sentiasa terjamin !
Sedap !!!
Sila simpan di rumah yer.. dan gunakan ! Jangan simpan jer ! Hahahaha.. Mana nak beli ? Dapatkan di Watson atau farmasi terpilih . Harga ? Jika beli online di LAZADA , dalam RM34.90. Di SHOPEE pon ada jual.
Sila follow Cuka Epal Surya atau Surya Apple Cider Vinegar With Natural Honey di :
Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/surya.malaysia/