Disebalik ‘ KBBA9 BERHARI RAYA DI MATIC’ .

by - Sabtu, Jun 04, 2016

 

Bertempat di MATIC , Jalan Ampang.. Sekali lagi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI menempa sejarah tersendiri yang mana rakan blogger telah memeriahkan sesi fotografi edisi KBBA9 BERHARI RAYA DI MATIC dengan melibatkan beberapa pihak sebagai penaja rasmi projek kali ini..

image

Cun banner? Banner,bunting dan props disediakan oleh DalizGraphix.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih pada MATIC , Jalan Ampang kerana membenarkan kami menggunakan lokasi ini dan ternyata tidak sia sia kami memilih tempat yang cukup best untuk bersesi fotografi dengan tema yang dipilih !

image

Kemudian jutaan terima kasih pada team make up artis,Rita Rahman dan Artistic Team yang bertungkus lumus mencunkan para blogger yang sedia ada cun ! Haaa..

image

Disusuli dengan Cafe Cerita Kambing yang menyediakan makan tengahari yang menyelerakan sama sekali ! Ada beriyani kambing , ayam masak merah dan er.. apa satu lagi eh.. aku tau makan jer ! Nama makanan kerap terlupa sebab sedap.. hehehe..

image

Oh ya.. Jangan lupa ke Anggerik Mall dan cari Cafe Cerita Kambing di bulan Ramadan nanti untuk berbuka puasa .Confirm berbaloi ! Bayangkan.. yang bungkus pon dah sedap ! Apatah lagi kalau panas panas !! Haaa..

image

Seterusnya jurugambar yang terlibat.. tu aku cerita nanti bila gambar dah siap ! Haaa.. Ok ? Manakala untuk jubah lelaki dan perempuan serta shawl , akan diceritakan oleh mereka yang pakai.. Aku guna baju melayu dari Hijrah Couture jer.. Tu pon design tahun lepas.. hehehe.. Cun kan ? Hehehe..

Er , bawah ni antara design terbaru.. Cam cun jer ! Huhuh.. Kena gi serbu gak ni !

image image imageimage

Ok… apa lagi eh.. Rasanya tu je kot ? Agak terkilan juga ramai blogger KBBA9 tak dapat turut serta kerana pulang untuk meraikan Ramadan bersama keluarga atau punya hal peribadi namun segalanya berjalan dengan seperti yang dirancangkan !

InshaAllah.. tunggu gambar siap dan kami akan turut keluarkan sampul raya khas edisi KBBA9 ! Kalau sempat siap tempah la.. hehehe..

Terima kasih KBBA9 atau komitmen korang semua !

image

Memang best photoshoot kali ni ! Santai dan rileks walaupun agak terlewat dari jadual ! Huhuhuh.. Apa leh buat kan ? Manusia mampu merancang jer..

You May Also Like

23 comments

  1. tahniah kbba9!!.ruginya xdapat join.

    BalasPadam
  2. best dah rasa bersyukur kbba9 bukan sekadar blogger tapi juga sebuah keluarga.

    BalasPadam
  3. Memang meriah...!! Terasa kengkonon dah RAYA tadi...
    semua meletop, cantik kebabomm..

    BalasPadam
  4. tahniah semua..hanya mampu support dari jauh..semoga KBBA terus success ..

    BalasPadam
  5. Bestnya tgk korang berposing sakan, make up naik seri semua. Mmg cun bloggers KBBA9 ni! Harap lenkali dapat lah join, nak make up lawa lawa gak hehe

    BalasPadam
  6. tahniah...tetap meriah...dah terasa-rasa pulak nak raya pakai kasut power...ehehehe

    BalasPadam
  7. Rasa seronok sbb dapat sama2 berkumpul dlm event mcm ni. Hehehe. Merapatkan lg hubungan.

    BalasPadam
  8. Hilang penat sebab rasa seronok yang amat. Pengalaman. Semoga terus maju team KBBA9 😊

    BalasPadam
  9. Best dapat kumpul ramai2.. macam2 ragam ada!

    BalasPadam
  10. Sakan memasing pakai baju raya...

    BalasPadam
  11. Memang meriah sangat. Terima kasih pada penganjur dan rakan-rakan blogger yg ohsem..

    BalasPadam
  12. Memang meriah sangat. Terima kasih pada penganjur dan rakan-rakan blogger yg ohsem..

    BalasPadam
  13. Abg ben,buat money packet dengan dalizgrqfix tau !! Nak crop muka min masuk dlm money packet tuu. Huhu

    BalasPadam
  14. Best dan meriah sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni

    BalasPadam
  15. meriah dan sangat teruja sekali nak pi photoshoot raya ni tau... terima kasih kepada semua penaja...

    BalasPadam
  16. best. sekali sekala dapat make up cun cun...hihihi

    BalasPadam
  17. bolehlah bergaya macam model sat

    BalasPadam
  18. Dah lama x kena makeup, last masa nk naik pelamin dulu.. lama dah tu .

    BalasPadam