Harijadi Qhaliff .. Plan nak gi Sunway Lagoon tapi terpaksa dibatalkan sebab dia punya besday jatuh sehari selepas GST dilaksanakan ! Pergh.. macam hukuman lak bunyinya yer ?
Nak tak nak.. beli kolam dan berenanglah hari hari kat rumah ! Nak g sana , tiket nak masuk pun dah mahal… tu belum part makan dan GST !! Makan kena GST.. Tiket kena GST.. Ini bermakna , hanya orang benar benar kaya jer leh masuk dalam tu.. Aku , ikutkan dah dikira kaya sebab aku kena bayar GST !
Hurm.. sian anak anak aku .. Tak merasa la nak masuk Sunway melainkan Sunway Lagoon nak sponsor .. hahaha .. Auwww…
Dan tadi , gi Alamanda.. Teringin nak makan ayam panggang.. Kenny Rogers.. GST ? Masak sendiri ? Rasanya rasa kalau masak sendiri , lagi murah atau sama je ??? Setiap bahan tu confirm la kena GST kan ? Hurmm..
Takkan la gara gara GST aku kena buang abis apa aku teringin ? Dah tu , diorang yang berduit je leh masuk makan ? Rakyat tak beberapa kaya macam aku ni , kena masak sendiri je semua bila teringin nak makan itu ini ?
Sian kat mereka yang benar benar tak berkemampuan. Nak makan , tapi kena catu.. Duit cukup cukup jer untuk sebulan.. tu pun kalau sampai sebulan.. Kalau tak , sahih berhutang dengan kawan kawan.. Hurmm..
Bil letrik baru sampai ! Tengok GST.. Pergh.. garu kepala .. Apakah aku perlu catu penggunaan elektrik ? Kurangkan guna aircond ? Ini kita duduk kat Paris ke ? Hurmm..
Dah bila rakyat banyak bunyi.. dibagi jalan penyelesaian yang luar biasa tapi ‘diorang ‘ naik gaji sebab kerja teruk .. berkhidmat untuk rakyat alasannya !
Hahahahahhahahaha …. Aku rasa diorang ni kena gi amik kursus berfikir kat luar negara la.
“ Dengan ini.. kita luluskan gaji kita dinaikkan .. “ .
Erk… entahlah.. Tiap kali lalu bangunan kerajaan di Putrajaya ni , aku pandang tepat tiang bendera tu haa.. Kat mana aku sebenarnya ni ??? Dan macam duduk kat Paris lak.. Nak beli air mineral pun kena pikir masak masak ..