Baru-baru ni aku ada up satu entri ( Tak perlu la blogger cerita pasal artis di Malaysia ! ) selepas menonton rancangan AWAL LAGI yang bertajuk ARTIS DAN BLOGGER .. Dalam rancangan tu , blogger dihentam sehabis-habisnya manakala wartawan pula dipuji melambung..
Maklumlah , mereka kata bab bab infomasi ni kena serah pada ‘ yang punya kelayakaan dan lesen ‘ . Blogger ni , takde ilmu atau tak pergi amik sebarang kursus penulisan .. Awal Ashaari tak belajar karangan kot kat sekolah hingga perlu amik kursus buat blog ? Buat artis yang tak tau atau sekolah setakat dah plan nak jadi artis , blog bukan saja jual produk atau letak iklan yer ..
Mari kita tengok apa kata wartawan hiburan mengenai artis tanahair kita ni .. Mereka kan punya kelayakan serta lesen besar untuk membuat artikal mengenai artis .. Ahaa ..
“ ADA wartawan hiburan mengadu pada saya yang dia tak boleh nak temuramah seorang pelakon lelaki yang baru menang anugerah paling popular baru-baru ini. Wartawan hiburan ini jaki tengok dekat-dekat muka aktor itu sebab terkena banyak kali dengan perangai berlagak aktor itu. Tanya baik-baik tapi bila dibalas kasar oleh aktor itu, sebab itu dia naik anginlah. "Sumpah, kalau boleh aku tak nak intebiu aktor itu lagi lepas ini. Memang biadap. Aku dah senarai hitam dia sekarang ini," marah wartawan hiburan itu pada saya lagi.
Tidak dinafikan memang wujud situasi favouritism di kalangan wartawan hiburan ini. Ia banyak dipengaruhi faktor keselesaan sewaktu komunikasi berlangsung pada peringkat awal. Kalau pertemuan pertama dah cari pasal, maknanya pertemuan kali kedua atau ketiga itu terjadi pasti ada masalah.
Inilah asas favouritism dalam dunia hiburan tempatan. Ada orang suka, ada juga orang tak suka. Wartawan hiburan tak boleh mengelak jumpa artis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila masuk dalam konteks kerja, wartawan hiburan selalunya bersikap pemilih. Mereka nak artis yang mudah be kerjasama. Sementara artis-artis yang perasan bagus, kekwat (berlagak) atau selalu tukar kenyataan terpaksa disingkirkan awal-awal. “ Baca bagi abis kat SINI
Dalam erti kata lain , wartawan dan artis ni pon manusia . Jangan la pandang blogger ni cam alien atau ‘manusia’ yang terkinja kinja cari publisti untuk lariskan blog saja . Bukan semua blogger macam akhbar tabloid ! Sedikit saja begitu .. Blog gitu , sekejap je wujud pastu ilang dah ditelan ombak ..
Dan artis kat Malaysia ni , yang kena hentam dek blogger pon berapa kerat je .. Tu pun yang bermasalah punya ! Cer tengok artis yang berdisiplin .. Ok jer kan ?
Blog blog berkonsepkan hiburan je suka update cerita artis ni.. Aku tak amik port sangat blog gini sbb bagi aku, konsep mereka lebih pada portal , bukan blog .. Tapi , tak banyak pon blog begini .. Blog peribadi cerita hal artis ni ( aku pon ada gak ) , mungkin lebih pada tertarik pada isu tersebut .. Maklumlah , kitorang pon layan tv gak kan ? Takkan ari ari nak layan THUNDERCAT je kan ?
Ok ? En artis .. skang ni kan , blogger yg banyak up artis tau ! Kalau tak tau , cuba google nama korang sendiri .. Banyak kat akhbar atau blog ? Kalau yang yg takde tu , maaf la yer .. Anda tak popular !