Tabik hormat aku bagi pada mereka ! Bermula dari big boss hinggalah ke orang bawah ! Aku dah terlibat bersama mereka beberapa kali event dah.. dan sememangnya mereka begitu ! Sejujurnya , aku segan duduk semeja dengan mereka.. tak layak ! Mereka bintang yang cukup dikenali ramai malah aku membesar dengan menyanyikan lagu lagu mereka ! Dan sekarang , aku berdiri sebelah menyebelah mereka.. Gileeer ! Sesuatu yang aku tak jangkakan sama sekali !
Kopi Badang bukan baru dalam industri ni.. mereka dah lama cuma mereka belum bersungguh sungguh lagi. Dan bila mereka bersungguh-sungguh , ianya cukup menakutkan ! Hahahaha.. serius, aku sendiri takut tengok. Mereka benar benar berkemampuan dan berstrategi !
Yang membuatkan aku berani bersama mereka ialah.. mereka ada produk yang memang bagus...Kopi Badang ! Sapa sapa minum , pasti akan tergoda dan seterusnya akan minta secawan lagi ! Dan bila dah bercawan cawan , pasti akan membeli sekotak atau paling tidak , bersuara.. " Camana nak jadi stokis ???? ".
Malam tadi , aku berbuka puasa bersama team Kopi Badang dan juga duta duta kecil mereka. Nizam Laksamana , Zur Eda , Ezad Lazim (Exist), Acong Sweet Child , Roannie , Kina Mentor.. Fuh , giler ! Hahahaha.. Bukan sebab mereka artis tapi sebabnya aku di sekolah menengah dulu , lagu lagu diorang aku nyanyi hiburkan hati.. Exist terutamanya.. Suara Ezad cukup berhantu ! Sekarang , Kopi Badang lagi berhantu dari suara suara mereka.. hahaahha..
InshaAllah , tak lama lagi.. aku juga bergelar duta kecil... Terima kasih pada Kak Huda yang juga selaku PR aku yang senantiasa 'menjual' aku pada client clientnya.. hahaha.. Terima kasih atas promosi tanpa henti ! Respek cara kerja dia.. Dan juga pada team KBBA9 , atas sokongan tanpa berbelah bagi.. Mereka dah buktikan bahawa team KBBA9 ni cukup berhantu dan panas ! Jangan fikir negatif ! Aku tak pernah gunakan mereka untuk capai tahap ni.. Tapi mereka banyak membantu aku untuk berada di tahap ini. Dan bila aku di sini , mereka.. aku turut bawa bersama ! Tidak sama sekali aku tinggalkan mereka ! Opsss.. Ini bukan yang pertama yer ! Maka , sila jangan fikir bukan bukan ! Yang penting , mereka lihat dan belajar memandangkan majoriti adalah 'fresh'.
Opss.. jauh lari ! Berbalik pada Kopi Badang... Aku yakin produk ini mampu berada di kedudukannyaa tersendiri...dikenali ramai bukan sebab Badang tapi sebab kopinya serta.. semangat pasukannya !
Eh , lupa lak...
Aku dah jadi stokis ! Hahahahha.. Tapi aku tak la jual... Aku lebih pada nak bantu insan sekeliling aku menjadi peniaga kecil kecilan.. termasuk wife.. cari duit sampingan. Aku , dah cukup banyak kerja dah.. Dan keutamaan aku adalah besarkan anak-anak !
Baca : "Jangan sesekali minum Kopi Badang ! Jangan kata abang tak payung , yer ! "
Baca : "Jangan sesekali minum Kopi Badang ! Jangan kata abang tak payung , yer ! "