Hurmm .. Kul 10 lebih mandi selepas siap makan kurma dan oats . Wife kata lama dah tak berak Qhaliff ni . Tapi tengok dari perut dia yang semakin kembung tu , bila bila masa je boleh ‘keluar’ tuu ..
Tak pe la.. Aku harap dia membuang segala hampas masa wife ada nanti. Jadi , dalam kul 10 lebih tu aku mandikan Qhaliff guna air suam tapi lebih pada panas.
Qhaliff tak beria nak mandi. Muka dia berubah pelik . Apakah air terlalu panas ? Tidak sama sekali ! Suam benar air .. Hurmm.. Tiba-tiba , ternampak sesuatu terapung ..
ARghhhhhhhhhhhh !! Dia berak dahhh … Dalam kolam mandi dia haa .. Adoiii .. Cepat cepat aku angkat dan letak dia atas toilet bowl tu haa .. Ala-ala orang tua berak haaa .. hahaha ..
Pandai pulak meneran sampai abis wooo .. Banyak lak tu.. Hahahaha .. Bila dia dah abis, dia senyum kat aku .. Huh ! Air panas takde dah .. Maka aku mandikan dia dengan air suam .. Tak mengigil dah pon.. Aku rasa dia lebih rela mandi air sejuk tu dari dok kembung perut ngan najis tu haa.. Hahaha ..
Bila dah siap mandi , sekali lagi dia nayakan aku .. Punyalah susah nak siapkan dia. Macam dah cam apa yang ada di kiri dan kanan dia .. Cepat aja tangan dia capai barang .. Tak dapat yang belah kiri , dia guling belah kanan .. Tak dapat kanan , dia tengok apa yang ada atas kepala dia .. Janji daddy tak dapat pakaikan seluar dia ! Arghhh … Nasib baik takde gari ! Huhu ..
Siap semua.. Masa untuk bermain dan susu lak.. Masa ni aku lak nak pekena dia .. Hahahahah ..