Alhamdulillah .. Sapa sangka kan ? Hanya dengan bergelar blogger , aku dapat mencapai pelbagai impian aku. Syukur pada Allah. Sekurang-kurangnya aku berjaya membuka mata ramai pihak terutamanya ibu bapa aku sendiri yang kurang yakin dengan kerjaya santai aku ini !
Walaupun kerjaya aku ni tak menjanjikan kekayaan , tapi bagi aku ianya lebih penting dari itu kerana aku gembira melakukannya.. Malah aku tak perlu tinggalkan anak hari hari di rumah pengasuh .. Aku sendiri jaga mereka disamping buat kerja ! Hurm.. Sian mereka membesar di rumah pengasuh. Sempat ngan mak ayah kejap je kan ? Pastu dah sekolah.. masuk asrama , masuk U.. Dan menikah ! Hurmm..
Berbalik pada impian aku.. Melancong dah , jadi penulis ..sedang menuju ke arahnya. Lagi apa ??? Ada satu lagi impian aku sebelum aku mati.. Aku harap sangat dapat mencapainya atau aku akan kesal selama lamanya ! Hurmm.. InshaAllah ..
Terima kasih atas sokongan korang semua , dari dulu hingga sekarang . Hanya Allah saja dapat membalasnya.