Luahkan perasaan cara yang betul !
Gi Alamanda tadi.. Beli barang dapur , makan pagi.. Pastu , balik ! Dalam perjalanan nak ke parking kereta , aku tergerak hati nak ke kedai cermin mata yang aku buat sebelum raya baru baru ni ..
Tujuan ?
Aku nak tegur sikap salah seorang staff kat situ ! Kenapa ? Spek aku yang aku beli kat situ , Qhaliff dah kangkangkan tangkai dia ! Jadi , nak pakai pon tak sedap .. Aku mintak diorang perbaiki..
Jawapan ? Tak boleh perbaiki dah . Terus aku gi kedai lain dan beli spek baru ! Dan di kedai tu pulak , spek yang terkangkang ni , boleh diperbaiki dalam masa beberapa jam saja !
Haihhhhh .. Tak ke bengang ?? Pastu , takde pulak la si mamat tu bagitau spek aku tu ada jaminan kilang .. Bukan patah pon ! Diorang leh cuba amik dan repair .. Titanium tuuuu ! Bukan beli seringgit dua ..
Di kedai tu , aku cakap ngan staff perempuan kat situ. Aku bebel kaw kaw laa .. Mula mula dia nak bagi alasan tapi aku balas balik dengan pelbagai fakta antaranya , aku ada antar perbaiki sedikit sebelum tu di kedai tu .. boleh buat ! Tapi kenapa lelaki tu , segalanya tak boleh !! Nampak benar pemalas !! Aku cakap gitu kat perempuan tu.. Dan dia mintak maaf..
Aku bagi pesanan ringkas sebelum aku keluar ..
“ Suruh dia rajin sedikit bekerja. Jangan manis sebelum pelanggan beli.. After sale service , hancur ! Camana nak support bisnis camni ? “
Terus aku keluar.. Nasib baik aku dok dukung Qhaliff.. Kalau tak , aku order teh o ais dan sambung bebel !
Rugi RM1K sebab buat spek baru ! Hurmm..
6 comments
apa kata ajak lunch sekali boleh panjang skit bebel.. kekekkee.. tu la kan kadang2 salesman @ salesgirl manis sebelum bayar je lepas bayar.. dah malas nak layan mcm mana org nak rekemen berurusniaga dengan dorang
BalasPadammhlnye hrga spek
BalasPadamMeh ajak saya lunch skali, saya sudi mendengar bebelan bang ben... Hehehe...
BalasPadamKedai mana tu? Just nak tau supaya tak terbeli kat situ.
BalasPadamharap2 prof muhaya bleh sponsor lansik lepas ni...amin.
BalasPadamAMBOI.. MEMBEBEL EKS.. KIKI
BalasPadam