Bahana rokok seludup !

by - Khamis, September 11, 2014

 

Setiap minggu , rakan rakan blogger dari #kelabbloggerbenashaari ada je post status pasal rokok seludup atau rokok tiruan ni ! Aku turut join sama kerana mengambil rasa tanggungjawab terutamanya selepas melihat ayah aku sendiri jadi mangsa pada rokok seludup ni !

Hurm.. tak nak aku kenang kembali detik detik yang mana bapak aku terlantar di hospital hampir sebulan lamanya disebabkan rokok ni ! Pastu kena operate lidah dia dan juga bahagian leher ! Ok , ngeri yer !

Selepas tu , kena gi buat radioterapi setiap hari , selama 13 minggu ! Di hospital yer adik adik.. bukan rumah sebelah atau di restoran nasi kandar beratur atau sebagainya ! Kena gi awal pagi , tunggu.. pastu masuk buat rawatan dan balik rumah ! 13 minggu , setiap hari ! Sapa nak gi antar amik balik semua tu ??

Aku malas nak cerita sejarah merokok dia .. Sekadar nak berkongsi kesan merokok ni.. Tak kira la rokok tak seledup sekali pon , tetap ada kesan !

Photo

Ni gambar terbaru.. Semalam aku gi umah orang tua aku.. Yang hitam tu kesan dari rawatan radioterapi.. Nampak bekas jahit di leher tu ? Tu belum aku tunjuk bahagian lidah yang kena buang ! Mau fobia 18 bulan tak makan nasi lemak ketam masak asam ! Haaaa

Tolong la yer.. Kalau tak sayang nyawa sendiri , pikir pikir la orang tersayang.. Kang terlantar kat spital , takde orang datang melawat.. tau pulak merajuk ! Bila orang nasihat , menjawab ! Kalau sendiri sakit , sendiri bangun gi spital.. urus segalanya , tak pe la gak .. Ni sendiri yang cari penyakit .. sambung la sendiri !

You May Also Like

8 comments

  1. semoga pakcik cepat sembuh..aduh ngeri ja dengar..

    BalasPadam
  2. Assalam,
    MasyaAllah..
    merokok memang BAHAYA...
    Alhamdulillah sha dikelilingi oleh lelaki penyayang (TIDAK MEROKOK)..
    abah tak merokok, abg ipar tak merokok, suami tak merokok & insyaAllah anak pun TIDAK akan merokok AMIN....
    Sayangi diri & keluarga dengan tidak merokok..Sekian kan3

    BalasPadam
  3. Masyaallah....risaunya saya. Husband saya pn perokok tegar. Mohon share entry ni

    BalasPadam
  4. Allahuakbar..takut nengoknya..alhamdulillah suami akak tak merokok..

    BalasPadam
  5. mereka yang merokok ni tak sayang nyawa sendiri dan orang lain...sudah tahu rokok tu memudaratkan...dihisapnya juga...da kena penyakit kronik akibat merokok baru nak sedar agaknya kot abg ben...huhu

    BalasPadam
  6. salam abg ben. boleh try sapu bc100 tu.

    BalasPadam
  7. Mcm mana nk bagi kesedaran supaya encik suami berhenti merokok ek.give up dah bg semangat.Dr bercinta sampai ke beranak pihak.

    BalasPadam