Aku juga seperti suami yang lain ..

by - Khamis, September 04, 2014

 

Bila jadi Mr.Mama ni .. tiada cuti di hari biasa ! Kalau sakit kepala , sakit perut … pasti sukar ! Sapa nak jaga budak budak tu ? Sakit kepala bukan mudah tau ! Ahaaaa .. 

Semalam.. aku dah rasa dah.. Sakit kepala yang menyucuk nyucuk ! Dah makan ubat pon tak beri kesan ! Hanya satu je permintaan aku ketika itu !

“ Sayangkuuuuu.. pulanglahhhh .. pulanglahhhhh segeraaa ! “

Setiap saat , bergerak terlalu lama ! Kalau tak , masa begitu pantas berlalu. Nak tunggu jam 530 petang itu satu penyiksaan .. Hahahaha ..

Aku bukanlah mengeluh tapi sekadar memberitahu pada kawan kawan.. Bukanlah mudah seperti yang disangka bila memilih jawatan ini , Mr.Mama.. Tu belum part kena masak setiap hari.. Baru kena jaga anak.. dah mengigil kepala lutut !

Teringat beberapa orang kawan yang meninggalkan komen di Facebook baru baru ni .. Kata mereka , suami mereka dah pakat pakat berdiri depan pintu rumah bila si isteri abis kerja ! Hahahah ..

Dan semalam… aku up status di Facebook..

Skang aku antara suami suami yang dukung anak , berdiri depan pintu rumah pada jam 530 petang..menanti isterinya sampai rumah !! Dengan anak di pangkuan meraung meminta susu dada..

Argghhh.. Leh mendtgkan histeria mendengar suara si kecil meraung..

Maksud susu dada tu ialah susu ibu yer.. yang direct ! Bukan melalui botol.. Zahra petang petang , mmg dah tau .. ibunya balik dan masa tu dia akan menyusu puas puas !

Bila wife amik je Zahra , aku terus ringan kepala dan Zassss… terus lena atas tilam ! Macam main bola 10 jam tanpa henti lak rasanya ! Huhuh…

You May Also Like

9 comments

  1. kadang2 fikir seronok klu jadi sahm ke wahm ke, tapi bila fikir balik kan, ishh keje ajelah. tapi rugi, tak tengok perkembangan anak setiap masa..huhu

    BalasPadam
  2. semua org nak kata "senang la ko ada kat rumah je"..nak tahu senang tak senang, sila jadi surirumah sepenuh masa...hehe

    BalasPadam
  3. jaga anak ni memang penat tp nak buat macam mana kan, itu tanggungjawab kita.. kena pandailah atur masa dan lakukan terbaik..

    BalasPadam
  4. respekla..huhu..untung wife.abang ben bukan rajin pi gym ke? makanan kena jaga jugak tau bdsarkan magic number..so kalau rehat tak cukup pun at least makanan kita cukup2 seimbang
    jom checkout magic number ! ^_^
    http://sihatitubahagia.blogspot.com/2014/09/magic-number.html?zx=e45e31a2cc44fde

    BalasPadam
  5. tahniah... menggalas tanggungjawab seorang isteri tanpa keluh kesah..

    bukan semua suami mahu melalukan tugas isteri...

    BalasPadam
  6. hi hi hi, dukung anak depan pintu rumah ek??? begitulah adanya... jaga anak ni memang tak mudah tapi menyeronokkan...aben, kasi masak sekali dan nak rasa masakan tu boleh?

    BalasPadam
  7. bukan senag sebenrnya nak mengasuh anak2 lagi2 baby..perlu ada tahap kesabaran yg tinggi.begitula yg dirasai oleh setiap ibu.

    BalasPadam
  8. hahahahaha. heheehe huhuhuhu. hahaha. artikel ni best. cayalah abg ben.

    BalasPadam