Nak bermanja dengan daddy kah ?

by - Ahad, September 14, 2014

 

Bangun seawal subuh. Lepas solat terus update blog. Pastu gerak ke Cheras utk ke rumah kawan aku. Adiknya kawin .. Dan aku kena kembali ke Sepang sebelum kul 2 sebab nak kena gi PICC lak .. Dalam tempoh tu , semalam.. aku sangat terkejar kejar ! Dengan Qhaliff yang demam , ikut sama ..

Selepas kerja di PICC jam 6 petang , balik rumah.. sambung lak kerja di rumah.. Qhaliff yang merengek tak nak duduk di rumah , aku bawak keluar jalan jalan dan beli makan malam ..

Dalam kereta dia diam.. tenang ! Berbeza bila di rumah !! Asyik menangis dan menunjuk bahagian dalam mulut ! Aku syak ulser sbb anak buah aku pun kena gak.. Aku sendiri pon dok ada satu bijik naik kat belakng bibir ! Hurmm..

Lepas pusing pusing tak tentu arah .. aku balik rumah.. Tapi Qhaliff tak nak turun .. aku keluar balik gi lepak mamak.. Nasi yang beli tadi , aku pass kat wife. Dia kata dah sangat lapar .. Suruh dia makan dulu dan aku layan si Qhaliff.. Balik , tukar syif.. Aku dah sangat penat dan mengantuk.

Lepak minum.. Qhaliff berselera nak telan air milo tu.. Tapi baru satu sedut , dia menangis ! Hurmmm.. sakit la tu.. hurm.. Terus aku abiskan air dan balik ..

Naik kereta dia diam.. Sampai rumah dia menangis ! Aiyok.. kalau gini , baik kita gi Kelantan jer !! Huhuhu.. Aku dah tak leh bukak mata dah.. Kang kalau memandu lagi , aku risau jadi kes lain lak ..

Di rumah , wife amik alih tengokkan Qhaliff.. Qhaliff menangis jer.. Aku jaga Zahra. Letak dalam buaian .. buai.. Tak sampai 5 minit terus tidur.. Wife kata Zahra seharian tak nak tidur.. nak berkepit ngan mak dia .. Ngan aku , asyik tidur jer.. heheheh..

Qhaliff , asyik menangis sehingga jam 4 pagi.. Memang naik antu gak aku … Wife kata dia sakit.. memang la sakit aku tau tapi nape dalam kereta tak nangis ??

Aku yang dah separuh sedar tu .. rasa geram je kat Qhaliff ! Astagfirullah.. Bahaya tuu.. Salah aku ! Tapi bila dalam keadaan penat , merbahaya sungguh uruskan anak yang sedang merengek ni .. Memang mintak la sapa sapa yang ada di rumah tu , uruskan .. Nasib baik ada wife yang uruskan Qhaliff… Zahra dah selamat aku tidurkan .. hurmm..

Sian kat Qhaliff .. Aku sendiri pon kena rehat sbb hari ni kena gi kerja lagi.. Humm.. Bawak dia ? Macam best gak je jenjalan ngan dia… Tapi apa pun , kena gi klinik dulu..

Sori sayang ..

You May Also Like

4 comments

  1. Uruskan anak demam dikala kita sendiri penat memang cabaran yang besar. Tapi kena telan juga sebab dah jadi tanggungjawab kan. :)

    BalasPadam
  2. biasalah budak jika sakit tak pandai nak beritahu dan kita pula bila dah penat tak boleh nak bersabar... dugaan yang selalu di lalui oleh insan bergelar ibu.. tapi mila ibu bekerja jadi masa dengan anak kurang, cuma bila Haziq deman.. mila tak akan hantar keman-mana..mila yang akan cuti dan selepas Haziq sembuh mila masih bercuti. nape..huhu..mila pula deman sebab tak cukut tidur dan rehat...

    BalasPadam
  3. comelnya anak bro Ben..terubat rindu kala anak masih macam ini dahulu...)

    BalasPadam
  4. Sakit tau kene ulcer mulut.nauk kereta tu agaknya menenangkan budak. Tu yg diam je masa dlm kereta

    BalasPadam