Mula-mula , aku nak minta maaf dulu la yer .. Kot nanti ada yang terasa akan entri aku ni... Ini cuma satu entri motivasi saja buat diri aku dan juga rakan rakan blogger yang masih belajar mengenai blog ini ..
Trafik adalah pengunjung blog .. Mula-mula , kita kena tau niat kita .. ' Kenapa aku buat blog ni ?? ' . Hurm... Jangan jawab kat aku.. Simpan dan teruskan membaca entri ini ..
Majoriti yang buat blog ini adalah kerana suka-suka kan ? Ok.. Kalau suka suka , apakah yang korang logkan setiap hari ? Jangan jawab kat aku.. Kembali lihat blog korang ..
Apakah korang logkan aktiviti harian korang ? Atau korang logkan isu-isu semasa ? Kenapa dan mengapa korang buat begitu ? Jangan jawap gak kat aku .. Simpan jawapan tu ..
Fikirkan semula .. Trafik yang masuk ke blog korang tu , kerana nak baca blog korang ? Atau kerana mereka sedang mencari maklumat ? Kalau mereka masuk ke blog korang semata mata nak baca aktiviti korang , korang rasa la kan , dengan status kita ni yang bukan selebriti ni , berapa ramai nak tau sangat ? Selain kawan kita , ahli keluarga atau kenalan maya kita ? Jadi , berapa tinggikah trafik harian kita ?
Berbanding mereka yang logkan isu isu semasa ke dalam blog mereka . Pastinya trafik akan tinggi melambung .. Tapi , kembali fikir semula tujuan asal kenapa korang buat blog ?
Dan fikirkan kembali sudut kepuasan berblog dan menulis .. Bayangkan 10 orang masuk blog kita semata mata nak tau apa yang kita buat hari ini , bukankah itu satu perkembangan yang bagus ? Sekurang-kurangnya ada orang masuk dan baca ... Kalau takde sekali pun , kembali ke niat berblog .. Senantiasa kembali ke niat berblog .
Buat mereka yang melogkan aktiviti harian mereka seperti aku ni ,di dalam blog .. asalkan ada orang masuk baca , setiap hari adalah cukup bagus dari kita duduk tengok tv setiap hari atau pergi merewang tak tentu hala...
Menulis serta berkongsi pengalaman hidup adalah satu budaya yang sihat dan patut dibuat oleh semua orang .. Ceritakan yang baik , luahan pendapat melalui cara yang betul pastinya akan mendapat perhatian seseorang , satu hari kelak .. Sapa tahu bukan ?
Berbloglah kerana anda ingin berblog ..
Blog Pilihan : fRyNcEsZ raRA