" Eksiden.... Cepat cepat... ". Katanya.
Persoalan yang timbul....
Cepat untuk apa ? Gi bantuk ? Atau keluarkan telefon pintar untuk rakam dan viralkan atas niat kononnya kat situ akan berlaku kesesakkan lalu lintas mahupun nak bagitau kat situ ada kemalangan berlaku ?
Hurm... Viral ni bagus andai ianya bersifat positif. Contohnya kes ragut dan pukul. Viral untuk mencari si penjenayah seterusnya memberitahu bahawa cctv ada di pasang di merata rata tempat. Sila jangan cuba buat bukan bukan ! Dan yang tak bagusnya seperti yang berlaku pada hari ni.. Yang kemalangan lori tangki terbakar tu. Yang gi viralkan mangsa tu sekali kenapa ???
Sebelum kita nak post sesuatu yang dirasakan tidak sesuai , cuba kita pikir dan letakkan diri kita sendiri di tempat tu... nak tak orang viralkan kita sendiri ? Apakah rasanya komen komen yang akan hadir ? Apakah ianya memberi manfaat pada orang lain ?
Kalau nak kejar LIKES atau nak kejar populariti sekali pun , kita kena jadi fikir sedalam dalamnya. Apakah perlu ianya dilakukan ?
Hurm..