Ahaks... haaa.. asik asik NUFFNANG je kan ??? Tak leh tak leh .. aku sudah berpaling tadah .. Tamo dah dok citer pasal duit iklan ... bowink kan ? Tapi aku tau .. korang terutamanya blogger blogger baru mesti tak puashati selagi tak berjaya cecah ribu ribu atau paling skit pon ratusan ringgit sebulan kan , kan ?
Tapi korang perasan tak ? Blogger yang pasang INNITY ni diam jer .. tak war warkan berapa pendapatan mereka ? Hehehe... Setau aku , blogger yang pasang INNITY tidak dibenarkan memaparkan pendapatan mereka .. Aku rasa mungkin setiap bayaran iklan yang dibayar pada blogger berbeza antara satu sama lain .. Tapi yang pasti , iklan senantiasa ada ..
Aku tau. korang nak tanya .. Mana best ? Pasang Innity atau Nuffnang ? hurm... hurm... Kalau aku kata INNITY , sah sah korang kata NUFFNANG lagi masyuk ? Aku nak kata lelebih pon susah .. sbb aku terang terang suka kritik NUFFNANG kerana berat sebelah .. hehehe.. Ada blogger pilihan gitu .. Tapi tu dulu la.. skang aku tak tau .. sbb aku tak amik tau..
Cuma aku harap , korang fikir betul betul niat korang dalam dunia blog ni.. Korang berblog kerana apa .. Nak 'bekerja' dengan syarikat iklan tu .. atau kerana minat .... Kalau nak tambahkan pendapatan , aku rasa dengan mengharapkan duit dari iklan , pasti mengecewakan .. Ada baiknya , cari satu produk yang lain dari yang lain dan jual dalam blog .. Tu terbaik bagi aku ... Jadi usahawan internet gitu .. dari dok tunggu orang klik iklan blog kita ..
Aku tau , ada yang terasa hati ... Aku cakap berdasarkan pengalaman aku .. Aku dulu pon cam korang .. beria ria dengan iklan .. sampai patah hati la jugak .. geram.. bengang.. semua ada .. Cuma sekarang , aku tukar rentak ... dan mungkin aku nak berbisnis dalam blog ni ..
Cuba korang fikir balik.. yang berjaya dalam dunia blog ni , rasanya kerana iklan atau produk perniaagaan mereka ? Hehehhe.. Apa salahnya sambil berblog dan berniaga kan ?Tu lagi menarik kan ? Lagi pun Ramadhan dah nak dekat ni.. cari produk yang sesuai untuk di jual di blog .. Sebelum itu , sila tingkatkan trafik blog korang ! Lagi ramai , lagi meriah ..
Aku nak jual apa ek... hurm....