“Seorang bayi lelaki yang baru 17 hari dilahirkan maut selepas tersedak susu yang dipercayai diberi ibunya sendiri di kediaman mereka di Desa Indah Relau, Sungai Nibong di sini semalam.
Bayi berkenaan, Ng Kian Weng disahkan mati di rumah itu selepas selepas diberi minum susu pada pukul 6 pagi .Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar forensik mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan tersedak susu di saluran pernafasan.”– Kosmo
Hurmm … tersedak susu.. Antara kecuaian ibu bapa atau penjaga menjaga bayi kecil . Walaupun ada ibu atau bapa yg dah ada anak ramai , jangan sesekali memandang remeh bila bab menyusukan anak ni ..
Tak kira si isteri atau suami , ilmu mengenai menyusukan bayi perlu ada dan senantiasa dititikberatkan sewaktu menyusukan anak kecil tu .. Jangan pandang enteng wooo .. Aku sendiri pun takut hingga sekarang ..
Dalam intenet atau di kedai kedai buku pun ada jual buku mengenai teknik penyusuan ni. Google dan dalami ilmu mengenainya . Tak kira dah kawin atau belum , kena ambik tau gak .. Mana tau berlaku depan mata kita bila ada bayi tersedak susu , kita tau apa yang kita kena buat .. Tindakan pantas akan menyelamatkan satu nyawa ..