Tadi gi Kelana Centre Point dengan wife. Dia ada buat pembelian barangan melalui online yang mana barang tu direct dari luar negara Dah lama dia dah sampai dan hari ni baru berkesempatan nak gi amik !
Sampai je ke tempat ‘collection’ barang tu , aku hilang waras jap ! Banyaknya barang berjenama ! Perghh.. Harga murah sedikit la dari kat kedai ! Maklumlah , direct, kan ?
Antara yang menarik perhatian aku ialah jam Casio ‘Pathfinder’ dan beg silang Micheals Kors. Pergh… Tergugat weh wallet aku ! Tetiba wife kata dia nak belanja ! Waaaaaaa.. terus cerah mata aku.. Hahahaha …
Tapi aku tak nak la amik kesempatan.. Bukan apa , nanti duit dia abis… duit aku gak kena attact kan ? Sama jer.. Pi mai pi mai tang tu gakkk… kaaann ? Hahaha ..
Aku amik beg sandang je la.. Tu pun sebab bleh buat gi ‘kerja’. Lama dah nak beli.. Dulu beli , Qhaliff dah amik.. Ni beli lain laaa .. Jenama Timberland ! Nak beli kat sini dengan harga RM200++ , aku rasa payah la nak dapat , kan ? Haaa.. Kualiti ? Hurm… aku berpuashati sangat la !
Tapi beg ni bukanlah aku beli online. Sememangnya dah ada dah kat dalam kedai tu.. Kedai ni , tak ramai tahu pun tapi ada je orang datang setiap hari ! Haaaaa.. Ni pon wife yang bagitau..
Dan wife , beli pinggan mangkuk Corell made in Usa , katanya ! Hehehe.. ‘Made In Usa ‘ ni satu kebanggaan kan ? Huhuhuh… Ok laa… rasanya semua suka barangan ‘ made in usa ‘ ni sebab kualiti yang dijamin ..
Ini bermakna , beli online ni ada untungnya gak kan ? Cuma , bukanlah beli hari ni .. esok dapat ! Yang wife aku beli ni , makan 2-3 bulan baru sampai ! Menurutnya kena tunggu banyak order baru leh kargo dari USA ke Malaysia..
Hurm.. korang camana ? Suka beli online atau prefer gi mall je ?