Kali pertama ke sini.. Kali pertama nampak , dan terus masuk. Walhal sebenarnya nak ke My Masak yang terletak hujung sana tapi nampak susun atur di ASSAM HOUSE ni lebih menarik di samping berhawa dingin. Anak anak tengah tidur , maka biarlah mereka lena dalam kedinginan.. kan kan ? Hehehe..
Terletak di Ayer@8 Putrajaya , Assam House telah beroperasi lebih 3 bulan. Aku tertanya gak apakah kelebihan restoran ni berbanding dengan yang lain ?
Setelah berbincang dengan wife , kitorang pon masuk laa.. Walaupun ada 10% service charge , kitorang redha je la.. Mana tau , masakannya sedap , kan ? Haaa…
Alhamdulillah.. langkah kanan kitorang disambut dengang senyuman. Terus terasa lapar.. Persoalan seterusnya , nak makan apa ? Hurmm..
Tengok menu..
Banyak pilihan.. semua nampak menyelerakan.. Tapi mana satu yang aku teringin nak makan ?
Sambil order , sambil layan permandangan indah di luar tingkap.. Cari feel kata orang ! Hahahha…
Ok… Aku ada idea ! Aku nak test cantonese keow teow. Biasanya bagi aku laaa… kalau masakan keow teow dia sedap , yang lain mesti sedap ! Tu pendapat aku laaa !
Memandangkan pelanggan tak ramai ketika ni , maka order aku sampai cepat ! Alhamdulillah.. kelaparan gituu..
Manakala wife amik bubur. Dia leh kongsi dengan Zahra.. Hehehe.. Penjimatan ..
Sedap kantonis keow teow aku ! Terasa keenakkannya.. Bubur tak sempat aku nak rasa sebab diorang berdua abiskan . Aku tapau nasi goreng cina untuk Qhaliff makan di rumah memandangkan dia masih lena.. Pun sedap rasanya.
InshaAllah , nanti nak singgah lagi.. kali nak nak rasa tom yum lak.. Heheh… Apakah lebih sedap dari biasa yang aku makan ? Jeng jeng jeng…