Ada yang terlalu cemburu .. Atau sekadar alasan untuk berwaspada demi hubungan ? Perlukah mengintip pasangan anda ?
Adakalanya bila cemburu menguasai diri , segala kepercayaan yang dibina bersama ditolak ke tepi. Apa yang penting ialah kepuasan diri ! Dimana kepuasan diri sebenarnya ? Sebenarnya apa yang berlaku adalah daripada bisikan syaitan agar tidak mempercayai pada diri sendiri dan juga orang lain ..
Bersikap positif.. Jika benar pasangan anda itu curang , pasti akan terbukti satu hari nanti .. Tak perlulah bergaduh atau sakit hati sampai ada yang sanggup bunuh diri atau membunuh pasangannya kerana di tipu hidup hidup ..
Apa yang perlu dilakukan ialah tanya pada diri sendiri .. Berbaloikah berbuat begitu ? Apa yang akan dapat selepas melakukannya ? Kepuasan diri atau syaitan yang akan ketawa berdekah dekah ?
BA : Biarkan ianya berlalu ..