Alhamdulillah .. lama tunggu nak cecah 2500 .. akhirnya dah lebih pon..sasaran sekarang ialah 3000 .. hehe ..
Ops... Followers bukan menentukan sesuatu blog tu popular atau bagus .. Follower juga bukan menentukan mereka akan kembali membaca blog kita.. kan ? Tapi aku tak kisah semua tu .. bila mereka klik untuk follower bermakna mereka menyukai blog aku ... satu kepuasan jugak .. lebih lagi aku ni bukanlah artis atau celebriti yang dok keluar dalam majalah atau tv.. hehe ... sama je cam korang korang je..
Tau kenapa aku rasa gembira bila tengok jumlah tu cecah angka 2500 ? Dulu , sebelum aku mula berblog , aku tengok blog blog popular cam blog Mat Gebu , Joegrimjow ,Gadis Terbilang dan ramai lagi la , mempunyai ribuan follower... Aku nak cecah 10 masa tu pon perit .. dok geleng kepala je tengok blog diorang.. hehe ..
Pastu bila masuk tengok blog blog artis , fuh... mmg top ... maka aku pasang target .. pasang idea .. pasang segalanyalah.. pasang bini no 2 je tak.. hehe.. nak mati ??? hahaha.... tamo tamo.. dari situ la aku senantiasa berfikir untuk mengerakkan blog aku ... Alhamdulillah ... berkat kesabaran dan juga sokongan rakan rakan blogger dan juga bukan blogger , berjaya membawa aku ke tahap ini .. Walaupun blog aku ni sekadar blog biasa dan bukan seperti blog blog yg berinfomasi namun aku tetap rasa bangga kerana mampu memberi sedikit 'hujan pada tanaman' yang memerlukan ..
Ops.. panjang lak.. jutaan terima kasih pada mereka yang sudi membaca blog aku ini... aku cuba sedaya upaya untuk mengukirkan senyuman pada bibir pembaca setiap kali membaca blog aku ni... sedaya upaya memuaskan hati pembaca aku walaupun adakalanya ringkas je entri aku namun setiap kali aku update entri , aku tetap menyampai 'sesuatu' di dalamnya ..
BA : TERIMA KASIH SAHABAT !