JAKARTA: Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Priyo Budi Santoso mendesak kerajaan Indonesia bertindak terhadap Malaysia kerana menangkap tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan negara itu.
“Sesekali kita perlu mengajar Malaysia. Saya begitu marah melihat tindakan mereka,” kata Priyo.
Beliau menganggap tindakan polis Malaysia menangkap pegawai kerajaan Indonesia sebagai provokasi.
“Jika mereka mengesyaki rakyat biasa, ia memang wajar.
“Tetapi jika petugas pakaian seragam, ia sama dengan tindakan provokasi terhadap kerajaan Indonesia.
“Kita perlu bertindak balas. Kita perlu menangkap petugas Malaysia. Kita perlu menahan mereka seperti mereka menahan pegawai kita,” katanya.
Menurut Priyo, tindakan diplomasi terhadap kerajaan Malaysia perlu dilakukan dengan tegas.
“Ia tidak boleh diatasi dengan berbincang saja. Lebih-lebih lagi peristiwa ini sudah berlaku berulang kali,” kata Priyo. - Agensi
sumber : HMETRO
BA: Spesis ginilah yang dok menghancurkan persahabatan sesebuah negara .. sedangkan boleh 'cerita' dengan elok.. pekena kopi dulu ke sambil bincang.. tau tau nak 'gaduh' jer.. haih