Gambar di mana lahanat bernama Bob Old dan Danny Allen membakar kitab suci Al-Quran . Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka ini.
rujukan : Rex
Gambar di mana lahanat bernama Bob Old dan Danny Allen membakar kitab suci Al-Quran . Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka ini.
rujukan : Rex
ISTANA Mahkota, Kubang Kerian merupakan tempat Sultan Ismail Petra bersemayam. Gambar kecil, Tengku Merjan.
KOTA BHARU - "Kelantan kini diperintah oleh dua sultan". Tengku Merjan Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Ismail Petra, membuat dakwaan itu ekoran pelantikan anak saudaranya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam.
Merjan: Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan
KOTA BHARU 13 Sept – Kekanda Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa adindanya itu masih merupakan Sultan Kelantan yang sah kerana baginda tidak melepaskan takhta.
Beliau sebaliknya mendakwa, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak memenuhi syarat dan melanggar Perlembagaan negeri yang menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja.
“Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta.
“Kesemua syarat tersebut tidak dipenuhi untuk melantik Tengku Muhammad Faris sebagai sultan kerana Sultan Ismail Petra masih ada dan tidak melanggar syarat-syarat yang ada sehingga membolehkan baginda disingkirkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya berkuat kuasa hari ini.
Perisytiharan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.
Ia turut dihadiri oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa’iz Petra.
Upacara tersebut yang diadakan secara tertutup dan ringkas dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu jemputan dengan kawalan ketat oleh pihak polis.
Menurut Tengku Merjan, beliau hanya mengetahui upacara pemasyhuran tersebut melalui berita yang disiarkan di televisyen dan tidak menyangka pihak berkenaan sanggup dan berani memperlakukan Tuanku Ismail Petra sedemikian.
Jelasnya, beliau tetap mempertahankan kenyataannya yang dikeluarkan sebelum ini bahawa mereka yang terlibat dalam usaha menyingkirkan adindanya sebagai penderhaka.
“Sebarang usaha yang dijalankan untuk menyingkirkan sultan daripada takhta adalah suatu penderhakaan dan menyalahi undang-undang.
“Saya akan mendapatkan khidmat nasihat perundangan daripada peguam dan akan membawa perkara ini ke tengah agar segala kekeliruan ini akan terungkai,” ujarnya.
Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd. Hamzah berkata, peristiwa yang berlaku merupakan sejarah baru kesultanan Kelantan.
Jelasnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini seorang sultan baru dilantik ketika sultan yang sah masih hidup.
“Ini adalah satu sejarah kerana sebelum ini pelantikan sultan yang baru hanya dibuat selepas baginda sultan mangkat,” jelasnya.
Dulu .. amat sukar bagi aku melihat wajahmu .. Namun bila kau menjelma , aku terasa dunia ini seumpama aku yang punya ..
Semangat aku membara-bara.. seolah-olah aku mendapat satu tenaga baru .. tiada apa yang dapat menahan aku .. dari terus mencipta dan terus mencipta ..
Tapi melihatkan susutnya di dalam kotak itu .. aku terasa seperti sudah penghujungnya perjalanan aku di dunia maya ini .. seperti kau tidak sayang aku seperti mana kau sayang mereka yang lain
Tiba tiba .. sejak pagi tadi dia menjelma kembali dengan wajah baru.. dengan semangat baru .. adakah kau antara mereka yang senantiasa berada di dalamnya ? senantiasa berkelipan tanpa henti ..
Aku seolah tidak percaya namun aku tidak mahu menaruh 1000 harapan .. tapi aku yakin ia pasti milik aku nanti ..
Buffered oh buffered .. jgnlah dikau pergi.. panggilah kesemua rakan rakan kau.. singgahlah .. singgalah.. buatlah macam rumah sendiri... aku tak kisah .. kalau nak kuih raya pon , ada banyak lagi.. aku tak larat nak abiskan sorang sorang ..
Dan kau.. aku tau kau bukan antara mereka .. namun aku tak kisah .. keluarlah selagi mana kau mampu .. tapi kalau keluar ari ari pon aku lagi suka ... hehehe...
Nuffnang.. terima kasih ...
Adus .. aku kalau layan cerita antu walaupun tidak cukup menegakkan bulu roma aku tapi aku mesti nak bawak masuk dalam mimpi aku .. macam kes tempoh hari tu .. aku siap bertakbir raya dalam mimpi aku tuuuu .. nak salahkan sapa ??
Cerita tadi tu kan .. nasib baik laa aku tak g tengok kat panggung .. kalau tak , aku mesti keluar sambil makan tiket wayang tu .. adoi... apa kejadah punya cerita daaaa ... bila nak tergelak , tak jadi.. bila nak seram , nak ketawa .. tapi bila nak ketawa , tak jadi .. eh..ulang balik .. hehe..
Aku rasa cerita antu jepon nun lakonan AR Badol ( kalau tak silap aku la.. kalau silap , betulkan eh ) , tu lagi seram arr ... Kasi buat research betui betui ar.. jgn pakat main buat je.. ingat kalu taruk pelakon popular , ramai ke nak g tengok ?? Erk.. ramaikah ? Kalau ramai pon , cerita cam Ultraman Daia je baik toksah ..
Untuk penerbit filem melayu , renti rentilah buat filem segera .. nun buat cam nasi beriani .. walaupun agak payah nak buat tapi bila makan , tu diaaaaaaaaaaaaaaa ... bertambah weiiii...
Psst.. Hanis Zalikha berlakon eh dalam filem ni.. jadi puteri blog bunian eh .. Dok tunggu gak, bila Mat Gebu nak kuar rancangan masak masak ni .. hehehe... Sokonggggggan tak berbelah bagi...
Tinggal sehari lagi.. aku tak tau ceruk mana lagi aku nak lari untuk cari signal yang cun .. tadi kat WHITE SAND @ PASIR PUTEH , signal comey blaka.. heehe... sempat aku mengonlinekan diri walaupon melepak ngan member .. nasib baik kawan aku sorang ni paham sangat dah perangai aku .. hahaha .. jgn maraaa aa..
gambar ehsan Ady Hazman ( geng FB )
Signal kat sini memanjang je EDGE .. kalau nak dapat HSPDA tu cuma 1 minit jer.. pastu ? EDGE balik .. kalau nak browse internet tu , kira 10 helai rambut gugur dulu laa baru leh bukak ... nasib baik la blog aku ni tak berat .. dah cun punya kemaskini .. maka ramai tak perlu garu kepala.. garu ketiak je .. kan kan ?
Esok.. nak turun KB .. Mau g shopping shopping ... sapa nak jumpa ? marilah melepak di KB eh .. hehe.. mesti cam aku dah kan .. takkan lepas aku dengan beg sandang aku tu .. Dslr ?? Mungkin kot .. hehe..
Alhamdulillah .. sempat jugak aku jumpa geng aku sorang neh.. sanggup pinjam kereta kakak dia padahal dekat je.. hahah.. Dia amik aku pastu g lepak jap kat kedai makan .. Best gak tempat tu .. 24 jam .. kedai milik budak lelaki .. murah woo... WIFI 24 jam .. hehe.. bateri je la tak 24 jam kan.. hehe..
Lepas lepak tu ( tak lama pon ) , terus balik ke rumah abang ipar aku .. makan makan .. selepas segalanya .. terus balik ke umah kat Kok Lanas .. Dalam perjalanan tu , wife aku call adik dia yang kebetulan dalam perjalanan ke Kuala Lipis .. Diorg bertolak jam 4 petang tadi .. sehingga tadi , jam 9 malam , diorg masih lagi di area Gua Musang !! Jammed giler babas .. huhuh.. Nasib baik kitorg plan balik ari Rabu pagi ni .. sebaiknya lepas subuh bertolak la .. hehe.. insyaAllah ..
Dalam perjalanan tadi tu aku terdengar la berita kat Sinar FM tu .. pasal seorang budak di India yang g klinik mendapatkan rawatan .. dia kata dia sakit mata ... Sekali .. tu dia .. doktor mengeluarkan cacing yang ada dalam mata dia .. rasanya 15cm kot .. lebih kurang gitu la.. aku cuba cari rupe cacing tu kat internet.. sbb dalam kepala aku rupa cacing tu cam rupa cacing tanah tu..heheh.. maka aku pon jumpa laa.. Erk.. agaknya ni la cacing resdung eh ??
Erk...kalau benar inilah cacing resdung tu , maka sesiapa yang ada resdung tu.. cepat cepat laaaaaaa g berubat .. Patutkah aku letakkan lagi gambar cacing resdung yg ada di muka kita ni ?
gambar : resdung
Yummy .... makan tak berpantang .. ginilah jadinya ... semua main belasah jer .. huh.. aku pon nak mula pantang balik la.. tatottttt ...
Huhu.. ke rumah abang ipar aku .. Tok Janggut .. cantik kawasan ni .. aku ingat nak amik gambar tapi dah masuk maghrib.. hehe.. toksah wat pasal .. aku try amik 3-4 keping .. semua tak jadi.. jadi sendri mau hengat la kan .. Mungkin jap lagi aku nak kuar jap ngan member aku , Ady Hazman..
Hangin.. hagin satu badan ... Umat Islam tak perlukan lagi Mekah yang baru !! Mereka sesuka hati membunuh dan menyerang orang lain tapi bila mereka kena mereka tau pulak nak mengamuk ?? Bengong tul !
Baca la sendiri ek.. kalau sakit hati , sila beristighfar byk byk .. tunggu je kebangkitan ISLAM ..
WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.
Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.
Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”
Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”
Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.
Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.
Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.
Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.
Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.
“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.
Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.
Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.
Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi
sumber : Bharian
Kali kedua aku cashout untuk bulan ni .. kalau bulan ni cashout , rasanya awal bulan 11 boleh dapat dah kan .. tak kisah la .. kalau dapat pon bukan boleh belanja.. semua kena simpan .. huih..
Yang ari tu aku bank in pon dah dah clear.. smlm cek kat atm KB MALL , dah boleh tersenyum la.. pon sama gak.. balik ni nak kena masukkan dalam ASB .. kenapa aku masukkan kat sana ? Susah nak keluarkan .. aku spesis jenis malas beratur panjang n isi borang .. kalau kat atm tu , mudah je la kan ..
Dijangkakan , minggu depan pon boleh cashout lagi sekiranya buffered yang berbaki tu jadi metered dicampur lagi dengan kutipan mingguan yang masih belum dikira dek nuffnang .. Hurm.. rezeki berblog .. Alhamdulillah ..
Sekurangnya aku dah buktikan pada mereka yang tak percaya blogging ni boleh dapat duit ... Easy money disamping dapat kenalan .. Kan mat kan ? Kan joe kan ? hehe..
Jap lagi nak ke Jerteh , Terengganu .. beraya kat sana lak .. nak amik gambar , tak boleh disebabkan aku yang kena drive .. Sblum tu nak berhenti umah kakak mak mertua aku .. Ada gula ( gulai ? ) .. cam tu la bunyinya.. bermaksud kenduri kawin .. hehe.. betul ke aku tulis ni ? kang ada yang marah lak... maaf la yer.. masih dok blajar.. kalau salah , tolong betulkan ..