Ada blogger tanya aku soalan " apa pendapat aku kalau ada blogger hina orang melayu dan hina bendera Malaysia ? " .. Mudah jer ...
Ada banyak pilihan di zaman sekarang ni ... antaranya ialah :
- Sila buat laporan polis.
- Tubuh kelab I HATE ... di FACEBOOK ..
- Panggil wartawan .. buat sidang akhbar ..
- Buat entri di blog berkaitan isu tersebut ..
- Ramai ramai pergi maki hamun dia ..
Itu yang biasa berlaku bukan ? Ada saluran undang undang .. kita ikut .. Jangan memandai mandai sendiri.. Selagi tidak menyentuh kita secara fizikal mahupun mengancam nyawa kita , bagi aku biarlah pihak berkuasa ambil tindakan ..
Aku tak nak la jadi orang melayu yang cepat melatah .. Nak hangin tak bertempat seperti kita lihat di negara negara lain .. abis buat huru hara ..
Aku pasti orang melayu bijak dan boleh berfikiran dengan waras .. Kalau nak diikutkan , cuba buka mata luas luas .. Berapa ramaikah orang melayu sendiri yang sedang menghina budaya mereka dan juga agama mereka sendiri , secara tidak disedari ?? Apakah yang patut kita lakukan ? Tubuh KELAB I HATE YOU ??
Habis tu nak berdiam diri je ker ? Kalau kita nak bergaduh dengan orang yang tidak cukup bijak , kita akan jadi seperti mereka .. Senyum dan beri mereka maklumat berkaitan dengan isu yang mereka bisingkan .. Nak hina bendera Malaysia ? Tercalarkah maruah bendera tu ? Takkan tercalar selagi kita pertahankan kedaulatan negara ini dari musuh musuh yang ingin jatuhkan negara kita !
Aku berdiri memegang bendera Jalur Gemilang ! Musuh menempelak dan mengejek namun mereka tidak mengangkat senjata .. Perlukah aku mengangkat terlebih dahulu ? Tak perlu ... Kita yang akan dipersalahkan .. Pegang kuat kuat bendera ini .. Pertahankan jika diserang .. Barulah mati bermaruah ! Mati mempertahankan bumi tercinta..
SELAMAT HARI MALAYSIA !!