Haih.. tak kesian kat mak bapak ke sebelum buat kerja bodoh gini ?? Kalau cinta sekali pon , bawa bawa ke jalan Allah .. bukan jalan keretapi ! Bengong namanya .. cari penyakit .. Takat bf baru setahun jagung .. dia sendiri tak lepas makan pakai dia , ada hajat nak bela anak dara orang ??? Haih ... Aku sendiri tak sanggup .. Jangan ingat cinta mampu mengenyangkan perut .. Aku pon cinta gak .. ni yang terdampar atas katil .. ingatkan kenyang makan cinta.. tak pasal pasal makan ubat .. huh !
Ni ha .. kes dua budak kembar yang ilang kat Kampar ari tu .. dah jumpa kat Penang .. Adoi .. buat susah mak bapak jer .. Zaman skang ni , kalau ilang je .. tau tau mati .. Ni nasib baik idup !
Wahai anak dara n mak dara .. Erk... skang mak dara pon bahaya .. boleh lari dari rumah wooo .. Sebelum buat kerja tu , ingat ingat la hukum Allah .. Kita hidup sementara je .. nak lazat sangat , doa je agar kita dapat ke syurgaNya .. lagi berkat !!! kan ?
Gadis kembar dan rakan ditemui di Pulau Pinang
GEORGETOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat.
Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Insp Mohd Fadzli Napiah, berkata ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi. Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis menyerbu flet berkenaan dan menahan ketiga-tiga remaja perempuan itu ketika mereka sedang tidur di ruang tamu manakala dua lelaki terbabit ditahan di sebuah bilik tidur. "Semua mereka memberi kerjasama dan mengakui mereka secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Fadzli berkata, pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit sebenarnya berada di sebuah ladang kelapa sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di ladang itu.
Katanya, sebaik tiba di Pulau Pinang mereka telah mendaftar masuk di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali bersama-sama teman lelaki mereka selama tiga malam di sini.
Teman lelaki mereka dikatakan mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya membawa mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa mulai 18 September sebelum diberkas hari ini.
Hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada lelaki itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih di bawah pengawasan polis di Kampar, Perak.
Mohd Fadzli berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.
Katanya, jika terdapat kes membabitkan hubungan seksual, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
"Kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan polis, termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil dadah atau sebaliknya," katanya.
Polis telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan kes aduan hilang anak itu dianggap selesai. - BERNAMA
sumber : BHARIAN
BA: Jaga jaga anak teruna kita ..