Kerana satu orang punya angkara , seluruh 'cuaca' dalam 'kawasan' tu 'rosak belaka ' .. Sifat pentingkan diri sendiri yang membawa masalah kepada kepada orang lain sangatlah bahaya. Pastinya satu hari nanti akan menghancurkan semangat rakan rakan lain yg akhirnya membawa kepada kemusnahan .
Hurm .. aku cukup pelik .. Di manakah perasaan dia sebagai seorang manusia ? Adakah dia tidak berperasaan ? Atau sememangnya terdapat satu 'sifat dajal' yg ingin merosakkan segala kebahagian yg sepatutnya dikongsi bersama ?
Nak buat apa ? Kalau dia lebih pantas dengan 'mengulam' pihak atasan dan lebih menarik lagi jika ulamannya ditambah dengan sambal belacan yg sudah pastinya membuatkan dia 'selamat' kerana mereka telah terkena hasil 'masakan'nya.
Arghh.. geram ? Tu je mampu dicakap ? Peliknya bila berdepan , layu.. Tak mampu meluahkan kata kata ? Adakah dia.. erk.. fitnah ni .. hurm.. Entahlah .. yang pasti segalanya telah berubah .. berubah kepada mendung yg hanya menunggu hujan atau ribut petir !