Setelah setahun aku bergelumang dalam dunia blog , aku masih berada di tahap ... erm... malas nak cerita ... Tapi tak kisah la kan .. merangkak ke , berlari ke , berjalan ker .. menyelam ke .. yang penting apa yang kita sampaikan .. betui ? Hehe...
Cuba yang aku perasan ialah ... dunia blog ni ibarat kehidupan si singa.. dari lahir hinggalah bergelar raja di rimba ... hehe.. Kenapa yer aku kata gitu ?
Lahirnya sebuah blog , mereka kata mereka masih tak tau apa apa... Ya betul.. mmg lumrahnya gitu.. Kemudian mereka akan bermain dan belajar bersama sama 'ayah'nya ... Cara mengenali musuh .. nak menangkap... pelbagai teknik akan dipelajarinya sehinggalah mampu mencari 'makan'nya sendiri .. kan kan ?
Apakah yang akan terjadi pada anak singa tadi ?? Bila dah cukup bertaring dan berkuku , maka ditinggalkan keluarganya lalu membina kehidupannya sendiri. Menjadi 'raja' serta dikagumi oleh penghuni penghuni di hutan tersebut .. Memiliki kawasan jajahan mereka sendiri ..
Persoalannya ... adakah anak singa tadi ingat asal usulnya serta rakan rakan mahupun ahli keluarganya sendiri ? Masakan tidak bukan ? Cuma ... masing masing ada 'ego'nya tersendiri disebabkan 'kekuatannya' ... Tak caya ??? tungguuuu ..
;)